JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Masih Relevenkah Pos Kad Raya?

Salam..

Apa khabar semua? Bagi yang beragama Islam pastinya sudah tidak sabar-sabar untuk menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi. Dijangkakan, umat Islam di Malaysia akan berhari Raya Aidilfitri pada hari Selasa, 30 Ogos 2011.

Sebelum pulang ke kampung sebentar sahaja lagi, Mr.PiNgu nak bukak satu topik berkenaan hari raya. iaitu berhubung penggunaan kad raya. Kad raya disini yang saya maksudkan adalah yang berbentuk Hard Copy bukan digital. Hehe..

Suatu masa dahulu, kalau nak raya je mesti meriah dengan penghantaran kad-kad raya.. Teringat zaman dahulu dimana sebelum menjelang hari raya, Mr.PiNgu bersama adik-adik lain tak sabar-sabar menantikan kehadiran pakcik Posmen untuk melihat berapa banyak kad raya yang akan kami terima pada tahun tersebut. Selalunya memang banyak! Kami siap berlumba-lumba lagi dari segi bilangan kad raya yang akan kami perolehi. Sapa banyak dialah yang menang!

Namun keseronokan masa lalu sudah hampir hilang apabila berkembangnya teknologi komputer dan internet. Ramai orang sudah tidak lagi menggunakan perkhidmatan Posmen untuk hantar kad raya. Sekarang, kad raya boleh dihantar melalui emel, laman sosial seperti facebook, twitter, tagged, friendster dan sebagainya dalam bentuk digital. Selain pantas, mereka juga dapat menjimatkan kos membeli kad raya.

Pada pendapat saya, kad raya berbentuk digital tidak memiliki nilai sentuhan yang memuaskan berbanding dapat kad raya berbentuk cetakan. Hanya mengadap screen komputer terasa tidak begitu bermakna. Malahan menggunakan laman sosial facebook, sekeping kad raya digital yang sama boleh dihantar kepada ramai penerima dalam satu-satu masa menggunkan kaedah Tag. Justeru, nilai exclusivity itu tidak ada.

Justeru, Mr.PiNGu pada tahun ini memilih untuk menghantar kad Raya berbentuk Cetakan untuk mengembalikan kegemilangan pada masa dahulu. Biarlah orang kata ketinggalan zaman ke apa namun saya sangat happy menghantar kad raya menggunakan perkhidmatan posmen. Saya rasa sangat-sangat berpuashati. Saya tidak terkilan jika tidak mendapat balasan kerana saya memang tidak menyertakan alamat surat menyurat saya di kad tersebut. Hehe.. Kalau dulu mesti guna pantun ni dalam kad raya:

Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap dibalas.. Hehee..

So, korang yang dah maju tu fikirkan kembali.. Tak salah kalau kita meneruskan tradisi seperti dahulu walaupun dunia sudah berkembang. Semoga hari raya akan menjadi lebih bermakna dan menggembirakan.


Sekian sahaja daripada Mr.PiNGu buat anda. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

2 ulasan:

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^