JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Kisah Orang Gila di kampung Mr.PiNGu

Salam!

Selamat berpuasa buat rakan-rakan beragama Islam. Lama Mr.PiNGu tak update topik baru sebab buzy so takde mood. Bila terpandang kisah orang gila yang dibangkitkan dalam forum cari.com.my tergerak nak menulis topik ini. Actually, dia kampung Mr.PiNGu (Satu kampung yang unik kerana berada di dua bandar iaitu ditengah-tengah Batu Pahat dan Muar)ada 5 orang gila yang setakat ini Mr.PinGu pernah dengar dan bersemuka. So nak ceritalah tentang orang gila ini. Bukan nak aibkan sekadar menjadi iktibar dan renungan



orang gila 1: Dia ni seorang lelaki berbangsa cina.. dia menggila wujud sejak aku kecil lagi.. kira lamalah dia jadi orang gila dari aku sekolah rendah sampai aku dah kuar universiti dia idup lagi.. Hobi dia ialah tunjukkan zakar kpd org pompuan yang lalu lalang.. menjeritlah org yang ditunjukkan tu.. mcm gila seks.. tp dia tunjuk je.. namun 2 tahun lepas orang gila ni meninggal kerana dilanggar oleh kereta kancil milik kawan adik aku yg memandu lewat malam.. hiuu sian..
http://komuniti.gempakz.org
orang gila 2: seorang lelaki melayu.. dia ni pun hidup lama.. walaupun orang gila, dia ada rumah sendiri.. dia tinggal sorang2 je.. dia ni selalu makan kat kedai kopi. mmg orang rajin bagi dia makan. dia ni dikhabarkan anak orang kaya dan pewaris harta.. tetapi atas ketamakkan harta oleh sanak saudaranya, dia diguna guna sampai gila.. now lama xdengar cerita dia ni. hidup ke tak.. tapi aku xpernah lihat dia ini lagi..

orang gila 3: Seorang lelaki melayu yang dah tua (40 an - 50 an) dia ni xkacau orang just dia suka berjalan kaki jauh2.. pakai pakaian sama bertahun2 compang camping dan berkarat. Tak pernah mandi agaknya. dia juga meninggal sebab excident. sadis sgt sebab mayatnya terpelanting lebih 20 m ke dalam parit..

Orang gila 4: Seorang lelaki melayu yang muda (usia 20-30an). gigi depan dua dua takde.. tapi suka tersenyum dan banyak gak bercakap. dia ni xgila sepenuhnya. Aku boleh kata 3 suku la. Dia mempunyai hobi menunggang basikal. Kalau korang nak tau dia selalu kelihatan menunggang basikal daripada bandar batu pahat ke bandar muar!! 50 km tu weh! And dia mmg fefeling racing sebab laju giler bawak basikal. Paling aku tak tahan orang gila ni pernah belanje aku dengan staf- staf kilang makan kuih karipap! Hahaa.. dia beli weh! mak dia bagi duit katanya.. hahahaa.. orang bagi aku makan je.

Orang gila 5: yang ni satu-satunya orang gila perempuan dan paling ditakuti. Adik aku pun trauma dengan dia ni. Suka marah-marah, menjerit dan menangis tiba-tiba. Walaupun gila orang kampung masih simpati dan selalu bagi dia makan. Hobi orang gila ini naik bas. daripada Muar ke Batu pahat dia naik bas. Aku pelik pemandu Bas ni nak pulak amek dia ni jadi penumpang free. Aku yakin semua pemandu bas dan konduktor dah kenal minah gila ni. Kisahnya pernah masuk dalam akbar harian tempatan. Dikatakan jadi gila kerana menjadi mangsa Rogol.. Stress agaknya. Sehinga kini khabarnya perempuan gila ini masih hidup dan sihat. Kasihan!

Sekian sahaja kisah orang gila untuk dikongsi bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^