JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Bersahur di atas ranjang??

Assalamualaikum..

Amacam tajuk topik ni nampak teruk tak? Motif kan apabila umat Islam ingin mencari keredhaan-Nya di bulan yang mulia ini, masih ada pihak yang mencemarkanya dengan aktiviti nafsu serakah yang tidak berkesudahan. Amat memalukan apabila golongan lelaki hidung belang yang tak kira masa dan tak ada rasa malu melakukan perbuatan tak bermoral ini dikala mereka sepatutnya membimbing keluarga anak isteri kearah mentaati Allah.

Berikut merupakan laporan berita yang sempat Mr.PiNGu petik daripada harian Metro.

DIULIT... pelayan muda beri layanan istimewa kepada lelaki hidung belang.

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.


4 ulasan:

  1. manusia hidung belang xdapat dibendung lagi! arghh.... bagaimana la negara nak aman makmur apabila generasi tak kira lapisan sudah rosak kahlak dan moralnya.. kerosakan akhlak membawa kepada kejatuhan umat!

    BalasPadam
  2. ~ch@wi~: dh nama manusia memang jenis ramai xsedar diri.. mereka tak fikir pun apa akan terjadi di hari muka kelak..

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^