Assalamualaikum..
Mr.PiNGu sangat sedih apabila banyak jenayah yang melibatkan moral dan juga tidak berperikemanusiaan berlaku pada bulan yang mulia ini. Sepatutnya pada bulan ramadan ini manusia insaf dan cuba berbuat kebajikan. Ini tidak makin ligat melakukan jenayah. terbaru, daripada keratan berita yang Mr.PiNGu baca, seorang wanita akan mengalami risiko buta kerana disimbah asid setelah dirogol ketika menunggu waktu berbuka puasa dirumahnya.
Lelaki yang berhati binatang macam ini patut diberi pengadilan secukupnya!! Walaupun syaitan dibelengggu di bulan ramadan ini, masih banyak syaitan bertopengkan manusia berkeliaran mencari mangsa. Dasar manusia tak tahu bersyukur dan tak takut Tuhan! Ikuti berita sepenuhnya dibawah.
KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran. Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.
“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya. -HM-
semakin maju semakin tak bertamadun perangai manusia ni. haih! -.-"
BalasPadamitulah...
BalasPadammanusia makin tuntuh akhlaknya..
zalim perangainya...
salah siapa? didikan ibu bapa tak cukup?
mungkin..
saya lihat ramai ibu bapa yang akhlaknya sudah rosak justeru anak-anak yang dilahirkan lagilah rosak akhlak..