Salam..
Bulan-bulan puasa ni memang kena banyak bersabar. Maklumlah bulan yang mulia lagi diberkati ini. namun, ada juga perkara-perkara tertentu yang kita tidak mampu untuk bersabar. Contohnya apabila isu tersebut sangat berkaitan tentang pencemaran terhadap kesucian agama Islam.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kehadiran satu blog yang sangat-sangat menghina Allah, Junjungan besar kita Muhammad S.A.W dan juga agama Islam. Memang ramai umat Islam yang bengang dan kecewa dengan sikap seorang penulis blog yang sangat melampaui batas ini. Beliau telah menggelarkan diri beliau sebagai "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara". Blog beliau yang menghina Islam telah disekat oleh SKMM namun kedegilan beliau terserlah dengan membuka lagi blog yang baru. Malahan Islam terus dicaci dan juga kementerian, SKMM juga perdana menteri sendiri. Memang "makcik" sorang ni tak layak duduk Malaysia. Kalau dapat tau bagus dihukum pancung terus!!!
Sekumpulan Hacker yang menggelarkan diri mereka sebagai "GAYSEC" telah melakukan satu penyiasatan digelar "Ops ramadan" untuk membongkar identiti sebenar Makcik Hajjah terlaknat ini. Mereka dikatakan berjaya mengesan identiti makcik ini yang dikatakan 100% tepat. Namun, sehingga kini saya sendiri tidak pernah melihat wajah sebenar makcik terlaknat ini. Saya tidak merasakan beliau seorang Islam kerana sejahat-jahat manusia tidak akan tergamak menghina Tuhan, rasul dan juga agamanya.
Ini keratan Blog makcik tersebut. Memang saya mengucap panjang melihatnya. saya takkan promote link blog makcik ini kerana tidak mendatangkan faedah kepada sesiapapun. Kalau korang menentang dia, korang akan dihina dengan sangat teruk.
Kisah biadap makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini telah mencuri perhatian banyak pihak. Dah dilaporkan sendiri di sedutan berita TV9 seperti dibawah:
Saya berharap agar tindakan keras diambil terhadap makcik terlaknat ini. Bogelkan identiti beliau agar satu Malaysia kenal siapakah identiti sebenar beliau!
Sekian sahaja..
Cik Ct: tu la.. sedih bila ada manusia yang tak tahu bersyukur. Nak menentang Tuhan pula.. dia ingat dia siapa..
BalasPadam