JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Pakailah pakaian yang elok ketika solat

Salam..

Alhamdulillah. Dengan Izin Allah, masih lagi dapat kita bernafas dibuminya yang fana ini. Bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menemui bulan Ramadan, bulan Rahmat, Bulan keampunan dan Bulan penuh Barakah. Malam ini sudah masuk malam kedua kita berada pada 10 malam yang terakhir di bulan Ramadan, yang dijanjikan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu Malam Lailatul Qadr.


Sebenarnya, pada malam ini, Mr.PiNGu nak menegur sedikit saudara-saudara kita yang sebenarnya ada niat yang baik iaitu mahu berjamaah disurau atau dimasjid namun yang kurang enaknya ialah dari segi pemakaian. Sebagai seorang muslim, kita perlu memakai pakaian yang paling bersih, paling cantik, dan paling enak dipandang ketika melakukan solat. Hal ini bukanlah kerana ingin menunjuk-nunjuk akan tetapi kita perlu sedar bahawa kita ingin mengadap Allah, Tuhan kita yang memiliki Zat yang paling Agung!

Tatkala anda semua berpakaian serba cantik, serba bersih wangi dan sebagainya untuk bertemu kekasih anda, rakan-rakan anda, saudara mara, adakah menjadi satu yang wajar jika anda mengenakan pakaian yang buruk, lusuh, kurang kemas dan agak berbau untuk bertemu Allah? Pastinya sangat tidak patut.. Saya juga ada melihat rakan-rakan yang bersolat tanpa memakai Baju! Yelah sebagai lelaki memang aurat kita antara pusat dan lutut sahaja. Namun, wajarkah kita sebagai manusia yang berkemampuan bersolat tanpa mengenakan baju, sedangkan berjumpa kawan-kawan dan kekasih memakai baju yang paling cantik? Renung-renungkanlah..

Lagi.. Sebentar tadi, saya selesai melakukan solat tarawikh berjamaah di Surau. Saya cukup tergamam apabila ada seorang pemuda yang mengenakan seluar slack dan baju yang agak pendek. Apabila beliau sedang rukuk dan sujud, maka ternampaklah bahagian belakang badannya yang terdedah. Siap berbulu-bulu lagi (maaf kasar sedikit bahasa). Saya bukan ingin mengeji beliau. Saya yakin beliau tidak sedar berlakunya perkara tersebut. Namun, saya harap anda diluar sana mengambil iktibar akan perkara ini. Kenakanlah baju yang labuh dan seluar / kain pelikat yang elok ketika melakukan solat. Berpakaian kemas juga merupakan satu usaha kearah kesempurnaan solat. Semoga kita semua diberi hidayah dan Rahmat dari-Nya.. Insya-Allah.

Sekian sahaja daripada Mr.PiNGu untuk hari ini.
Wassalam =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^