JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Uniknya: Hari Raya + Merdeka dan hari raya berbeza hari?

Salam..

Apa khabar semua? Dah seminggu kita berhari raya. Amacam best tak raya korang tahun ini? Mr.PiNGu agak seronok beraya tahun ini kerana banyak rumah saudara mara and sahabat handai dapat disinggah. Hari Raya tahun ini cukup berbeza berbanding tahun sebelum ini. Mengapa ya? Sebabnya, kita sambut sekali dengan hari ulangtahun kemerdekaan negara kita.


Mungkin suasana merdeka tahun ini tidak begitu dirasai kerana telah ditenggelami oleh hari raya. namun begitu, saya masih melihat banyak rumah yang memasang Jalur gemilang. Maksudnya, masih ramai lagi yang mengingati hari kemerdekaan walaupun sibuk berhari raya. Kalau kita lihat iklan hari raya di televisyen pun banyak yang memaparkan tema perayaan berkembar ini. 

Selain perayaan berkembar, ada satu lagi keunikan perayaan tahun ini iaitu hari raya yang berbeza sehari. Sebenarnya, sejak dahulu kala masyarakat Islam di Malaysia sering mengeluh kerana perayaan yang berbeza hari. Selalunya, Negara Arab di barat akan beraya awal sehari berbanding negara kita di Malaysia. Namun begitu, tahun ini Tuhan nak menunjukkan bagaimana perkara ini terjadi.

Mengikut pengiraan Falak, usia anak bulan di semenanjung Malaysia adalah "cukup umur" untuk membolehkan Semenanjung Malaysia menemui 1 Syawal pada keesokan harinya namun begitu untuk kawasan Sabah, Sarawak dan Pulau Tioman, usia anak bulan tidak cukup umur. Maka, 3 kawasan ini sepatutnya akan menemui 30 Ramadan keesokkan harinya. Akan tetapi, seperti jangkaan saya tarikh hari raya di Malaysia akan disatukan iaitu pada hari Selasa, 30 Agos 2011. Ini adalah untuk kesepaduan Ummah yang dilihat lebih utama. Akan tetapi, kecoh di negara Indonesia kerana kerajaan Indonesia telah mengumumkan pada saat akhir bahawa hari raya Aidilfitri disambut pada hari Rabu, 31 Ogos 2011, iaitu lewat sehari berbanding Malaysia. Dikatakan bahawa ramai umat Islam di Indonesia telah membuat persiapan untuk berhari Raya pada hari selasa. Justeru, sebahagian daripada mereka telah beraya pada hari selasa dan sebahagiannya mengikut sahaja pengumuman daripda kerajaan. Nampak telah berlaku perpecahan disini.

Walaubagaimanapun, tahun ini sambutan hari raya aidilfitri tetap meriah walaupun ada sedikit yang berbeza berlaku. Itulah lumrah alam yang menunjukkan kekuasaan Tuhan. Sekian sahaja untuk hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^