JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Lagu Baru Anuar Zain - Nadi Terhenti (2011)

Salam..

Mr.PiNGu telah berjaya mendapatkan Album yang Original penyanyi kesayangan ramai ini. Anuar Zain telah muncul dengan album baru bertajuk "Anuar Zain" yang memuatkan 8 lagu. Lagu-lagu yang terkandung dalam album beliau memang best. Nadi terhenti, merupakan salah satu lagu kegemaran saya yang berada pada track kedua. Lagu ini mengisahkan persahabatan akrab dua orang insan pada satu masa dahulu sebelum mereka berpisah. Sang lelaki merasakan wanita ini mungkin diciptakan untuknya namun pada masa tersebut mungkin masing-masing malu untuk meluahkan perasaan hati masing-masing. Kemudian seorang wanita lain telah berjaya menambat hati lelaki ini dan mereka bercinta. Akhirnya, wanita pertama kembali untuk memiliki cinta sahabatnya itu malangnya semuanya sudah terlambat kerana sudah ada insan lain yang terlebih dahulu bertahta dihati. Hanya kenangan mereka sahaja dalam ingatan. Ni lirik lagu beliau


Jauh Sekali.. Ku bermenung disini
Cuba mengerti.. Cerita Kita ini

Pernah ku rasa.. Kau Dicipta Untukku
Entah Mengapa kau terlewat tiba.. Meluahkan Cinta

Pre Chorus:
Sukarnya memendam rasa
Sukar menimbus rindu
Terpaksa ku lawan gelora

Chorus 1:
Walau kini.. Hasrat yang kau bawa
Terhempas dari jiwa.. Walau kini sesaat terasa
Bagaikan.. Nadimu terhenti.. Aku harus pergi
Membawa diri

Bukan mahuku.. Menghampakan hatimu
Entah mengapa kau terlewat tiba.. meluahkan cinta

Pre Chorus:
Sukarnya memendam rasa.. Sukar menimbus rindu
Terpaksa ku lawan gelora

Chorus 2:
Biar pedih realiti ini.. Kau perlu memahami
Dia terdahulu kemari.. Mengetuk dipintu kalbu ku
Menghuni disisi... Selama ini

Bridge:
Usah kau menanti
Mengharap Kasih
Biarlah cerita.. Di antara kita 
Tamat akhirnya

Chorus 1: 
Walau kini hasrat yang kau bawa 
Terhempas dari jiwa
Walau kini sesaat terasa
Bagaikan.. Nadimu terhenti
Aku harus pergi..
Membawa diri

Aku harus pergi.. Membawa diri 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^