JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Album Anuar Zain 2011 mengandungi 8 lagu




Akhirnya saya jumpa juga maklumat tentang album terbaru Anuar Zain. Sangat teruja! Jeles sangat sebab ada antara rakan-rakan saya telah mendapatkan album ni. So far, saya masih belum nampak album terbaru Anuar Zain 2011 ini di peti rak kedai cakera padat di tempat saya. Hope adalah nanti =)


Anuar zain masih menggunakan namanya sebagai judul Album terbarunya. Album terbaru beliau telah selamat dilancarkan pada 20 September 2011. Terdapat 8 Track kesemuanya. Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ialah:

1) Ku Berjanji Kerna Cinta
2) Nadi Terhenti
3) Ajari Aku
4) Pernahkah
5) Simpati Cintamu
6) Sempurnakan Aku
7) Terindah
8) Cinta Harus Memiliki

Dikhabarkan bahawa beliau telah bekerjasama dengan 6 orang komposer Indonesia untuk menjayakan album terbaru beliau ini. Masih lagi mengekalkan konsep seperti album terdahulu yang mana beliau lebih menggunakan khidmat komposer Indonesia. Mungkin kerana beliau mahukan kelainan dalam albumnya.

Melihat kepada senarai lagu tersebut, saya rasa hairan kerana single beliau yang sangat hebat dan popular, iaitu sedetik lebih tidak terkandung di dalam album terbaru beliau ini. Mungkin ada antara peminatnya yang kecewa. Tetapi tidak mengapa kerana saya yakin ramai peminat anuar zain sudahpun memiliki single tersebut. Jangan kata tak muat turun kan? hehe. saya yakin Album terbaru Anuar Zain ini akan memberikan titik kepuasan tersendiri. maklumlah suara penyanyinya hebat. Memang berbaloi untuk dimiliki.

Baiklah sekian sahaja. Jom la beli album original daripada beliau~

2 ulasan:

  1. dh dengar semua lagu.. lom leh tangkap semua. once sy dh familiar sy akan buat review thanx all for read

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^