Salam..
Perkembangan teknologi teknologi terkini membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain dengan lebih pantas dan mudah. Salah satunya ialah dengan terciptanya laman web sosial seperti facebook. Namun, ada pihak yang tidak faham dan tidak menggunakan akal sebelum menggunakan aplikasi facebook. Banyak contoh kalau saya nak sebut namun pada hari ini saya nak sentuh tentang satu contoh posting yang tidak patut dihantar melalui facebook.
Bagi seorang selebriti, mereka seharusnya menjaga tingkah laku dan menunjukkan contoh yang baik kerana mereka seringkali menjadi ikon dan ikutan peminat-peminat mereka. Dengan melakukan sesuatu yang menyalahi moral dan adab susila masyarakat kita, artis seperti ini akan menerima nasib untuk dibenci oleh peminat-peminat mereka. Dibawah ini ditunjukkan satu posting facebook yang dilakukan di fanpages gambit Saifullah.
Saya tidak pasti adakah posting ini dilakukan oleh beliau sendiri atau admin yang mengelolakan page beliau. Saya melihat ramai yang tuduh melulu keatas diri gambit tapi saya tidaklah begitu. Saya assume baik je. Sebab saya juga ada mengendalikan salah satu fan pages artis terkenal tanahair. Tak perlulah saya sebut artis tersebut tetapi apabila saya posting di page artis tersebut, seolah-olah artis tersebut yang post. Namun saya menggunakan [admin] untuk memberitahu peminat bahawa posting tersebut dilakukan oleh admin bukan artis itu sendiri.
Berbalik kepada kisah gambit saifullah, anda boleh baca sendiri posting diatas yang menggelarkan peminat page tersebut sebagai binatang!?? Itu merupakan satu penghinaan yang sangat teruk. Kalau manusia dah disamakan dengan binatang, ko yang posting juga manusia dan ko juga seperti samakan diri ko dengan binatang. Itulah bila tidak menggunakan akal dengan sebaiknya maka nama akan menjadi busuk dan dibenci orang.
Tidaklah saya berminat untuk memanjangkan cerita ini. Ada akal sendiri fikir. Saya berharap agar semua pihak berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu di laman facebook kerana segala yang anda tulis akan dibaca oleh rakan-rakan anda. Melalui penulisan anda juga dapat dilihat tahap kematangan dan kebijaksanaan anda sebagai seorang manusia.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^