JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Problem Based Learning (PBL)

Salam semua..

Hari ini Mr.PiNGu nak menerangkan tentang satu kaedah pembelajaran yang dipanggil sebagai Problem Based Learning atau PBL. Basically, kaedah belajar ini telah mula diterapkan dalam beberapa subjek Universiti contohnya di UTM terutamanya untuk subjek makmal.

Hari ini, Mr.PiNGu telah ditugaskan untuk mengendalikan makmal PBL di FKE UTM. Ini merupakan kali pertama saya mengendalikan makmal tersebut. Di dalam makmal PBL, pelajar akan diberi satu permasalahan yang perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu contohnya dalam 4 kali pertemuan dalam sebulan. Pelajar akan menggunakan waktu makmal iaitu selama 3 jam untuk mencari semua maklumat berkaitan melalui carian internet dan mereka akan disoal dari masa ke semasa untuk menilai tahap kecekapan mereka mencari maklumat.

Selepas pencarian maklumat, pelajar akan melakukan rekabentuk projek yang difikirkan sesuai untuk menyelesaikan permasalah yang diberikan. Pelajar akan mula mereka bentuk dengan menggunakan formula berkaitan kemudian menggunakan perisian yang berkaitan untuk melakukan simulasi dan pemungutan data.

Kemudian, apabila projek telah siap, pelajar akan diminta untuk melakukan pembentangan kepada penyelia. Ini merupakan satu bentuk pembelajaran yang lebih bersifat berdikari. Pelajar tidak sepenuhnya bergantung kepada pensyarah untuk mendapatkan maklumat kerana mereka perlu berusaha sendiri untuk mencarinya. Dalam setiap kumpulan, mereka terdiri daripada 4-5 orang mahasiswa maka sepatutnya tidak ada masalah untuk menyelesaikan tugas jika setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing. Ahli "tidur" dalam pembelajaran PBL tidak akan diberi markah yang baik kerana penilaian akan dilakukan keatas individu bukannya kumpulan meskipun mereka bekerja di dalam satu kumpulan.

Sekian sahaja maklumat berhubung Problem Based Learning. Jumpa lagi~

2 ulasan:

  1. memamg seronok PBL ni...
    sumer kena wat sendri..
    fikir sendiri...

    BalasPadam
  2. Shafiqabdshukor: wah.. suke PBL ek? yep.. saya rasa student lbh enjoy buat PBL.. sy masa belajar dahulu kala belum ada PBL ni...

    yang best conduct PBL ni ialah sy lbh rileks.. tetapi kalau xde apa nak buat memang boringla.. kene bawa bahan bacaan tambahan =p

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^