Salam..
dah petang-petang ni Mr.PiNgu masih tak balik ofis. Ada sikit kertas kerja nak diprint. Sementara nak print kertas kerja tu sempatlah nak berfacebook dan main online game. Hehe so kali ni nak bercerita tentang satu online game untuk facebook application yang cukup popular iaitu burn buddy.
Ceritanya dahulu, kawan Mr.PiNGu tak sudah-sudah ajak Mr.PiNGu menyertai Facebook. Masa tu saya fikir facebook tu just macam social Networking yang lain iaitu macam friendster, myspace, tagged dan sebagainya namun akhirnya saya tertarik dengan facebook kerana ia diintegrasi dengan pelbagai aplikasi yang menarik. Salah satunya ialah game burn buddy (seperti gambar diatas).
Game burn buddy ni asalnya sebagai satu game yang ringkas berdasarkan misi bercucuk tanam. Setiap pemain akan diberikan beberapa lot kebun (6 petak kalau tak silap saya). Namun, apabila hasil tanaman dapat dituai dan ada lebihan duit, anda boleh beli lot tanah yang baru. Memang best.
Jenis tanaman pula pelbagai! Ada anggur, oren, pisang, tembikai, dan sebagainya. Sekarang, lebih banyak jenis tanaman telah dihasilkan. Anda juga boleh menanam pelbagai pokok bunga yang menarik selain pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain menanam, anda juga boleh memelihara pelbagai haiwan seperti lembu dan ayam yang anda boleh kutip hasilnya seperti susu dan telur.
Anda sebenarnya tidaklah bermain game ini keseorangan. Anda boleh tambah rakan-rakan anda sebagai Jiran untuk menjaga (atau merosakkan) tanaman anda. Anda boleh saling bantu membantu untuk menghalau serangga atau rumput yang tumbuh ataupun mencuri hasil tanaman rakan-rakan anda hehehe..
Sebenarnya, dahulu saya berlumba-lumba untuk datang awal ke opis semata-mata nak mencuri hasil tanaman rakan-rakan. Sapa datang lambat pastinya gigit jari kerana hasil tanaman sudah dicuri. haha.. Namun lama kelamaan saya bosan main game ni dan berhenti. Just lately nak start balik main game ni sebab dia dah upgrade dengan lot tanah yang lebih luas dan juga lebih banyak buah-buahan boleh ditanam =p
Sekian sahaja mengenai Burn Buddy ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^