JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Hukum Allah (Hudud) di Hina

Salam..

Mr.PiNgu nak bercakap sedikit mengenai hal ini. Di Malaysia, Politik memang menjadi isu hangat di dada-dada akbar dan media massa. Sampaikan naik menyampah nak melihatnya. Pihak ini kata pihak satu lagi buruk-buruk dan juga sama dilakukan oleh pihak satu lagi. So, memang tak ke sudah la benda ni. Masing-masing ada kepentingan tersendiri. Namun, ada perkara yang perlu diambil perhatian supaya tidak dipolitikkan semahu-mahunya.

Saya nak mengulas mengenai isu Hudud. Seperti yang kita sedia maklum, Hudud merupakan hukuman yang ditetapkan oleh Tuhan yang maha Agung, Allah S.WT keatas hambanya. Kita sebagai manusia yang hidup diatas muka bumi adalah hamba Allah. Kita merupakan ciptaan Allah. Manusia diberi pelbagai kehebatan yang tidak diberikan keatas makhluk lain. Maka, sebagai manusia, kta harus bersyukur.

Berbalik kepada isu Hudud, Peneraju Parti Islam SeMalaysia, PAS sejak dahulu terus memperjuangkan Hukum Hudud manakala Pihak kerajaan Barisan Nasional menolaknya kerana perlaksanaannya yang dikatakan amat mustahil di Malaysia. Saya tertarik untuk mengulas tentang perkara ini.

Malaysia dikenali sebagai negara berbilang kaum, berbilang agama. Kerajaan melihat Hudud sebagai satu hukuman yang tidak relevan dilaksanakan di Malaysia. Saya memahami pendirian kerajaan kita. Namun begitu, jika ia pun tidak mampu melaksanakan hudud, jangan sesekali menghina hukum hudud. Maksud menghina seperti memperlekehkan hukuman ini, menganggap hukuman ini kuno, ketinggalan zaman, tak sesuai dilaksanakan di dunia dan sebagainya. Ada yang mengatakan hukum hudud ini kejam kerana jika dilaksanakan, maka ramai yang akan kehilangan tangan, direjam, disebat dan sebagainya. saya menganggap mereka yang berpendapat seperti ini adalah mereka yang tidak mendalami ilmu Islam sepenuhnya.

Hudud, bukanlah satu hukuman yang bersifat menghukum atau menzalimi umat manusia namun ia lebih kepada mendidik dan mengajar manusia supaya lebih mentaati perintah Tuhannya dan berkelakuan sebaiknya untuk kesejahteraan hidup manusia. Justeru, jika dilaksanakan maka manusia akan lebih beriman dan mentaati perintah Tuhannya, takut melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Jika dikatakan hudud tidak sesuai kerana banyak bangsa berlainan agama, pada zaman Rasullah dahulu baginda memerintah negara (Madinah) yang berbilang kaum dan agama. rakyat tidak pernah dipaksa memeluk Islam dan mereka bebas mengamalkan agama masing-masing dan hidup berharmoni dalam sebuah masyarakat. Hudud dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Zaman Rasullah sendiri menunjukkan bahawa betapa Hudud itu hukuman yang seadil-adilnya dan terbaik. Kerana ia adalah daripada Tuhan yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Jika dilihat sekarang ini, Hudud dengan sewenang-wenangnya dicerca, dihina dan dipijak-pijak. Saya bagi satu contoh print screen yang saya terjumpa berhubung Hudud. Anda baca dan nilaikan sendiri. ia tidak sepatutnya dihina sebegini.


Pada pendapat saya, mendiamkan diri jika tidak dapat melaksanakan hukuman ini adalah lebih baik daripada menghina dan mencerca atas kelemahan anda tidak dapat memenuhi tuntutan Tuhan. Ada akal, gunakan sebaiknya. Berfikir berlandaskan Mukjizat Al-Quran yang sepatutnya menjadi panduan untuk kehidupan anda di dunia dan kesejahteraan anda di akhirat.

Sekian sahaja. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^