JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Meriahnya Sambutan Hari Malaysia 16 September 2011

Salam..

Actually Mr.PiNGu outstation ke Kuala Lumpur kerana menyertai persidangan dan juga pameran PECIPTA 2011. Bagi mereka yang belum tahu, PECIPTA merupakan satu persidangan yang disertai oleh Universiti, Kolej & sekolah terpilih di Seluruh Malaysia bagi mempamerkan produk-produk teknologi yang boleh dikormersialkan. Mr.PiNGu dan group telah menghantar 4 produk dibawah label telekomunikasi dan kami membawa kejayan besar buat kontigen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan membawa pulang 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa.


Ok kembali ke tujuan asal. Seminggu berada di Kuala Lumpur, Mr.PiNGu telah menetap di Kuala Lumpur International Hotel di Kampung Baru. Memang every year akan lepak di hotel tu. Disamping murah, hotel tersebut selesa dan juga mudah nak dapatkan makanan di sekitar tempat tersebut. Banyak warung di sekitarnya.

Ok malam 16 september, iaitu jatuh hari Malaysia telah disambut dengan meriah sekali melalui pancaran bunga api berhampiran menara berkembar petronas, KLCC. Saya hanya melihat daripada hotel tetapi memang jelas kelihatan letupan bunga api yang sangat cantik selama lebih kurang 10 minit. Bunga api yang diletupkan saya kira cukup berkualiti dan mampu dilancarkan pada kedudukan yang lebih tinggi daripada jambatan KLCC. Jelas dapat dilihat dalam gambar diatas. Saya ada banyak gambar yang saya tangkap tapi kualiti tak berapa bagus sebab lokasi yang jauh so saya terpaksa zoom kamera handphone.

Hari Malaysia disambut bagi meraikan pembentukan kerajaan Malaysia selepas kemerdekan Negara kita pada 31 Ogos 1957. Sekian sahaja untuk kali ini. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^