JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Hantu Pocong Memang wujud di Kampung Mr.PiNGu

Salam..

Walaupun sekarang tengahari, Mr.PiNGu nak gak cerita pasal benda ni sebab tetibe teringat akan hal ini. Mr.PiNGu xdelah nak tepek gambar hantu pocong ni sebab korang pun dah sedia maklum bentuknya yang macam "sweet" tu. Hehe.. Tambahan lagi, bentuknya yang merupakan mayat bergerak tu memang menyeramkan. Ada juga yang mempersoalkan tentang kewujudannya bagi yang belum pernah melihatnya.

Actually, Hantu pocong ni memang wujud. Di kampung Mr.PiNGu telah ramai yang melihatnya. Dulu sebelum arwah datuk meninggal, dia pernah cerita yang beliau pernah melihat hantu pocong di simpang kampung. Begitu juga dengan kawan saya yang terlihat hantu pocong meloncat-loncat di hadapan stesyen minyak shell pukul 3 pagi. keadaan lampu jalan yang terang benderang memang menyerlahkan lagi susuk tubuh pocong tersebut. 

Kisah lain, one day my autie terjaga dari tidur. Dia terdengar bunyi sesuatu di tong sampah luar rumahnya. Apabila beliau menjengah daripada tingkap, beliau terkejut melihat hantu pocong berada di situ. Masa tu lebih kurang 4 pagi. Lampu jalan memang terang so jelaslah nampak hantu itu.

Then 2 tahun lepas, kecohla apabila seorang penduduk kampung ternampak hantu pocong di kebun sebelah rumah Mr.PiNGu. Demam seminggu gak pakcik tu. Saya yang dengar pulak jadi seram. Dahla selalu guna jalan tu malam-malam. Then dah takut sket keluar malam kat tempat2 sunyi.

Banyak lagi kisah hantu pocong yang saya dengar. Terbaru, ada kes dimana budak-budak rempit kat kampung yang tak pakai helmet excident. Mati di tempat kejadian. So ramailah orang kampung berpusu-pusu disana. Then, ada sorang budak ambil gambar mangsa menggunakan handphone. Alangkah terkejutnya apabila beliau merakamkan imej hantu pocong betul-betul berdiri di sebelah mayat, sedangkan ramai berada di tempat kejadian tidak dapat melihat hantu tersebut. saya sudah melihat rakaman gambar tersebut. Memang ada susuk hantu pocong di gambar itu. Disebabkan rakaman menggunakan handphone yang biasa-biasa so potensi untuk dpalsukan menggunakan photoshop sangat mustahil. Saya lihat gambar tersebut memang gambar asli.

Itulah misterinya hantu pocong ni. Kepada yang lom pernah jumpa anda bolehla kata apa-apa.. tahyul la. Kalau korang dah jumpa baru percaya agaknya. Ok sekian sahaja untuk kali ini.


Tags: hantu pocong, bentuk hantu pocong, kewujudan hantu pocong, lokasi hantu pocong,cara melihat hantu pocong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^