JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Pukul Isteri Kerana Tidak Tahan Menunggu Isteri Bershopping 3 Jam!

Salam..

Den terbaca berita hari ini. Dek kerana tak tahan menunggu isteri bershopping, dipukulnya isteri tersebut depan orang ramai. Tak faham den dia ni xde perasaan malu ke? Kalau nak marah pun slow-slow la ni balun terus. Pompuan pun satu hal. Kalu shopping jangan la lama-lama. Kalu nak shopping lama-lama warning kat suami. Ataupun pegi sendiri jangan bagi suami ikut.Aku ni dah biasa melayan kerenah pompuan bershopping lama-lama. Memang kalu nak ikutkan tension gak tapi aku masih boleh bersabar dari hilang pertimbangan camni. Yela kalau ye pun marah slow2 cukup la ni nak balun-balun. Memalukan kaum lelaki je. Ok berita penuh baca kat bawah yer~

kredit: harian metro 
KUANTAN: Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita berusia 50 tahun dan tinggal di sebuah taman perumahan berhampiran pasar raya berkenaan, lebam di beberapa bahagian badan dan muka sebelum mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Gambang.

Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu. Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, isteri lelaki berkenaan keluar dari pasar raya itu sambil menjinjing beberapa beg plastik mengandungi barangan dibeli. Tanpa mempedulikan isterinya yang ketika itu menjinjing banyak barang di tangan, lelaki berkenaan terus menengkingnya sehingga menarik perhatian pengunjung lain yang berada berhampiran.

Lelaki itu yang tidak menghiraukan perhatian pengunjung lain terus merampas beg tangan isterinya sebelum memukul beberapa kali di badan selain melibas beg berkenaan ke muka isterinya. Wanita terbabit yang terkejut dengan tindakan luar batasan si suami kemudian terus melarikan diri masuk ke dalam kereta kerana malu kejadian itu disaksikan pengunjung lain.

Susulan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, kira-kira jam 10 malam kelmarin. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pergaduhan itu hanya berpunca daripada lelaki berkenaan tidak puas hati dengan sikap mangsa kerana gemar mengambil masa lama untuk membeli-belah. Bagaimanapun, katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^