Salam..
Hehe.. Malam ni agak rileks sikit dari memberatkan kepala otak. After kelas tadi lepak-lepak dengan kawan sampai pukul 12 malam sambil tengok cerita momok kat TV3. Then barulah balik rumah bukak PC dan mula surfing. Biasalah saya ni takde maknanya nak tidur awal. Biasalah siang dah curi-curi membute malam segar la.
By the way, tadi adalah surfing-surfing sket terjumpalah gosip tentang seorang penyanyi bersuara lunak seorang ni. Sapa tak kenal Samihah Omar atau lebih dikenali sebagai Misha Omar. Kalau tak kenal juga tak tahulah huhu. Al-Kisahnya, seorang budak pompuan ni mempersoalkan Misha Omar yang duk bangga tayang dia drive kereta kancil buruk di laman twitternya. Ada yang cakap tak malukah Misha Omar sebagai bintang popular dan berkemampuan menggunakan kereta kancil buruk sahaja? Jawab saya, Misha tak perlu malu.
Malahan saya bangga dengan Misha kerana dia tidaklah berbangga meninggi diri dengan apa yang telah dikecapinya. Pernah berada di puncak populariti dan meraih pelbagai kejayaan dalam bidang nyanyian. Suara Misha ni memang sedap sangat. Berbalik kepada persoalan bawa kancil lama tu saya rasa takde masalah buat Misha. Dia xperlu rasa malu kerana kereta kancil tetap sebuah kenderaan yang boleh dipandu dengan baik. Buatpa nak tayang kereta mewah kalau setakat nak pusing dekat-dekat kampung sahaja kan? Silap-silap haribulan kene curi atau orang dengki buat khianat. Kalau korang nak tau Misha Omar memiliki sebiji BMW! Dia mampu Okay.
Baiklah, kepada peminat-peminat Misha Omar tu hentikanlah kutuk-kutuk Misha. Dia bangga bawa kancil je korang pulak yang melatah. Takkanlah korang sebagai peminat Misha yang rasa tempias "Malu" kerana artis kesayangan bawak kancil aje? Apalah. tak logik betul. Lebih baik pakai kereta murah daripada pakai kereta mewah pastu tak lama kata kereta kene curi (sedangkan kena tarik sebab tak mampu nak bayar) ha.. mana lebih mengaibkan? Lu Pikirlah sendiri.
Ok sampai sini je gosip malam ni. Selamat malam semua~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^