JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Tuhan Lebih Menyayangimu.. Ida..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!

Kali ni nak menyentuh sedikit cerita tentang seorang rakan Mr.PiNGu yang sudah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Semacam tidak percaya dia pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Beliau merupakan seorang rakan sekursus semasa kami masih belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Namun, Tuhan lebih menyayanginya..

Biarlah Mr.PiNGu menggelarkan arwah dengan panggilan Ida. Ida sememangnya gadis yang baik dan solehah. Beliau tidak pernah mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat malahan penampilanya sangat sopan dengan sentiasa mengenakan tudung labuh. Beliau lebih selesa mengenakan jubah yang longgar apabila datang ke kuliah disaat ramai pelajar wanita lain yang memakai jeans dan T-Shirt. Saya amat mengagumi cara beliau berpakaian.

Ida gadis yang peramah, sopan dan juga sangat bijak. Beliau salah seorang pelajar yang mendapat keputusan terbaik di Kursus kami semasa tahun pertama. Namun, beliau diserang musibah apabila jatuh sakit di pertengahan pengajiannya. Saya sebenarnya tidak berapa pasti tahap keseriusan penyakit beliau ini. Beliau dikatakan mengalami penyakit kanser. Atas penyakit yang beliau alami, beliau telah menangguhkan pengajiannya selama satu semester bagi menjalani pembedahan dan berehat.

Setelah berehat, beliau telah kembali meneruskan pengajiannya. Syukur, beliau telah berjaya lulus dengan baik walaupun agak lewat sedikit tamat berbanding kami. Sebagai rakan, kami sentiasa mendoakan rakan-rakan agar berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh segulung Ijazah.

Arwah Ida berasal dari Sabah. Saya tak ingat daerah mana. Selepas pengajian, beliau telah menetap bersama saudaranya di Selangor. Saya seringkali bersembang dengan beliau melalui yahoo messenger dan juga facebook. One day, saya dikejutkan dengan berita kehilangannya. Beliau dikhabarkan meninggal dunia akibat serangan Kanser. Saya fikirkan Kanser tersebut sudah berjaya dirawat setelah pembedahan dijalankan. Kami semua redha atas pemergiannya.

Sebenarnya, hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiranya yang ke-27. Saya terpandang update Facebook saya tentang hari kelahiran beliau dan terus memasuki catatan dindingnya. Saya melihat ramai rakan-rakannya menulis untuk menyedekahkan Al-Fatihah keatas Roh Beliau. Namun, ada juga yang masih mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau. Mungkin ia dikalangan kawan-kawan facebook yang tidak mengenali beliau secara personal. 

Saya masih mengingati kenangan kami belajar bersama-sama. Pahit manis kami lalui bersama. Atas kesempatan ini, saya menyeru rakan-rakan untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Ida (Faridah Pajapoyi). Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Sekian sahaja untuk kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^