JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Wah! Ada Artis Follow my Blog ^_^

Salam Jumaat semua~

Seperti biasa, pada hari jumaat ini Mr.PiNGu bekerja seperti biasa. Pagi tadi memang terus sebab terjaga lambat dari tidur. dah la kene mengendalikan makmal pukul 8. Memang sampai lewat sedikit tadi (around 8.15 am). So, dengan kelaparannya terpaksa bersabar la. Pelajar pun blur-blur je masuk lab. Maklumlah mereka perlu buat eksperiment yang sebenarnya mereka belum belajar pun teorinya dalam kelas. So, kalau malas membaca memang "zero" la knowledge diorang.

Then after lab session I terus cabut la. Dah la sakit perut huhu. So after melepaskan apa yang patut, duduk la dalam bilik opis sambil surfing. Biasa kalau bukak sahaja PC saya akan bukak Facebook diikuti dengan Blog dan email. saya akan check updates facebook dan balas mana yang patut dan juga updates blog. Kalau ada komen-komen visitor saya akan try my best untuk balas dan melawat blog mereka pula. Today, I really happy sebab ada seorang insan yang special sudi follow my blog. Beliau ialah bekas penyanyi popular kumpulan Umbrealla iaitu Zarul Husin.


Saya cukup minat dengan kumpulan Umbrella semasa mereka popular dahulu. Lagu yang paling saya suka ialah Ramalanku Benar Belaka. Pitch lagu ni memang tinggi. Kalau anda yang ada akaun Facebook, bolehla join group Tip Nyanyian yang dikendalikan oleh abg Zarul. Bestnya join group ini adalah bagi mereka yang meminati bidang nyanyian atau seni suara, anda boleh berkongsi informasi sesama ahli. Ada juga beberapa orang artis lain yang aktif di group ini seperti Fairus (Q-Face/Antz), Rizu (OIAM), Fazli Zainal, Iqa (Mentor), dan Azmir Arif (OIAM). Then actually ada ada ramai juga ahli disana yang mampu menyanyi dengan baik setanding artis popular seperti Azim (Kehebatan Vokalnya diakui sendiri oleh Hazami dan saya juga pernah menonton persembahan Live beliau di KL).

Kepada Abg Zarul, Thanks sebab sudi jadi Follower Blog saya. Saya gembira dapat berkawan dengan abg zarul. Banyak Tip Nyanyian yang dapat saya pelajari. Sebenarnya, lagu Ramalanku Benar Belaka yang abg zarul suruh saya rakam tu dah pun saya rakam tapi disebabkan nyanyian saya tak baik so saya simpan je. Rasa segan nak bagi orang lain dengar. Hehehe. Maklumlah lagu tu memang susah nak dibawakan.

Kepada rakan-rakan yang berminat nak mempelajar Vokal dan mengetahui tip-tip untuk memperbaiki nyanyian anda, bolehla Follow blog abang Zarul Husin. Sekian sahaja untuk kali ini.

2 ulasan:

  1. aimie amalina: hehe.. tu la.. sy sgt teruja dan terharu.. sob sob.. ni yang makin semangat untuk berblog ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^