JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Kemalangan Mustahil Dielakkan?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Thanks for visiting my iGLoO

Setuju tak kalau saya cakap bahawa kemalangan itu memang tidak boleh dielakkan. Kalau hari ini anda berjaya mengelak kemalangan namun akan datang belum tentu kan? Inilah yang dialami oleh kebanyakkan orang sama ada kemalangan di tempat kerja, kemalangan jalanraya dan sebagainya.

Pada hari ini, saya nak mengupas sedikit tentang kemalangan jalan raya. pagi tadi kawan saya mengadu bahawa keretanya telah kemek dan calar-calar kerana dilangar oleh individu yang tidak diketahui. Sebenarnya kemalangan itu bukanlah berlaku di atas jalanraya tetapi di kawasan parking kereta. Kawan saya ini parking kereta dan tinggalkan keretanya disitu. Namun apabila kembali beliau sangat terkejut melihat keretanya yang telah kemek dilanggar itu.

Walaupun beliau seorang yang berhati-hati dan cermat di dalam pemanduan, kemalangan melibatkan kenderaan masih lagi berlaku. Saya juga pernah mengalami kemalangan yang sangat menyakitkan hati yang bukan saya yang bersalah.

One day saya bercadang ingin pulang ke kampung. Setelah keluar dari rumah saya singgah dahulu ke gerai makanan. Then after makan baru perasan ada benda perlu diuruskan dan saya kembali semula ke rumah. orang dahulu kala memaklumkan bahawa kalau kita ingin ke satu tempat setelah keluar dari rumah, jangan kembali kerumah kerana anda mungkin akan ditimpa sesuatu yang tidak baik. Mr.PiNGu bukan nak mempercayai perkara ini namun ia seakan satu kebetulan sangat-sangat.

Berbalik kepada kisah bagaimana Mr.PiNGu boleh kemalangan. Setelah sampai di satu simpang, Mr.PiNGu telah belok ke kiri. Tiba-tiba, ada sebuah kereta yang berundur dengan laju lalu merempuh bahagian depan Mr.PiNGu sehingga kemek. Dan kereta ini dipandu sangat laju dan terus sahaja melarikan diri. Kira kes langgar lari la. Puncanya kerana kereta tersebut ingin lari daripada road block yang dibuat oleh Polis. Mangsanya? Sayalah!!

Justeru, walaupun kita seorang yang cermat dan berhati-hati, namun kemalangan tetap juga boleh berlaku. Justeru, selain berhati-hati, kita perlu juga sentiasa berdoa agar tidak ditimpa kecelakaan jalanraya.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^