JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Niat Baik Tetapi Disalahertikan

Salam..

Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas bumi-Nya ini. Pada kali ini Mr.PiNGu ingin menyatakan sedikit rasa terkilan akan sikap sebilangan manusia yang suka bersangka buruk terhadap orang lain. kadangkala kita berniat baik dalam sesuatu perkara namun telah disalah anggap oleh sesetengah pihak dan menyatakan kita ni teruk.

Saya faham setiap manusia ada berbeza pendapat dan persepsi, namun begitu sebagai manusia kita perlulah mengamalkan sikap toleransi pada masa yang sama belajar untuk berfikir bagi pihak lain. Jangan pakai serbu dan memaki hamun je tanpa usul periksa dan pertimbangan akal yang waras.

Allah melihat usaha hamba-hambanya berdasarkan niat dan perbuatan. Jika baik niatnya maka biasanya baiklah perbuatannya. Namun, ada juga niat yang tidak selari dengan perbuatan yang biasa kita dengar sebagai 'Niat tidak Menghalalkan Cara". Contohnya, seorang ibu ingin membesarkan anaknya dengan saraan yang secukupnya maka dia pergi mendapatkan wang dengan pelacuran. Disini walaupun niat ibu baik namun perbuatan ibu tersebut dilarangan Allah. maka ia tidak boleh dilakukan.

Berbalik kepada persoalan niat baik disalahertikan. Disini saya merujuk kepada niat yang baik dan juga perbuatan yang baik. Namun ia masih lagi dipandang serong oleh sesetengah pihak dan ada yang menaburkan fitnah atas usaha murni seseorang itu. Maka perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

Untuk mengatasi masalah ini, semua pihak perlulah bersatu, menyelami dan memahami insan lain. Mereka perlu berbincang jika ada sesuatu tindakan itu mengundang rasa kurang senang pihak lain. segala penyelesaian boleh dilakukan dengan cara baik.

Sekian sahaja untuk kali ini.
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^