JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Pesta Konvokesyen UTM 2011 ada Heliza AF!

Salam..

Hye apa khabar semua? Hari ni nak cerita sedikit mengenai Pesta Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia tahun 2011. Ia telah dirasmikan semalam, 21 hb september dan akan berakhir pada 28 September. Biasanya, Pesta Konvo akan dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Sultanah Johor. Semalam saya tak pergi so saya tak tahu sapa yang merasmikan.

Di UTM, pesta konvokesyen dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Agos. Namun nampaknya bermula tahun hadapan, Pesta Konvo akan dianjakkan waktunya. Kemungkinan April dan September. Pesta Konvokesyen dijalankan sempena meraikan majlis konvokeseyn Universiti Teknologi Malaysia.

Sekarang ini, majlis Konvokesyen UTM yang berlangsung dinamakan Majlis Konvokesyen Besar kerana melibatkan penganugerahan Diploma/Ijazah dengan jumlah graduan yang ramai. Pada sesi pertama iaitu Mac, Majlis Konvokesyen kecil dijalankan.

Setiap tahun, Pesta Konvokesyen akan dijalankan di padang Kawat UTM. Pelbagai gerai makanan, pakaian, dan barangan lain akan dibuka. Di samping itu, banyak juga aktiviti sampingan dijalankan. Kadang-kadang ada pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, bersajak, berpidato dan sebagainya. Ramai juga selebriti dan artis popular pernah dijemput bagi memeriahkan suasana. Sebelum ini, Zamani Slam, Rahmat Mega, Ramli Sarip, Waheeda, Rabbani, In-Team, Saiful MI dan beberapa lagi pernah datang membuat persembahan. Dan pada kali ini, iaitu malam ini (Khamis - 22 September), dikhabarkan, Pesta konvo UTM akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi dan pelakon yang berwajah sangat comel iaitu HELIZA HELMI (AF). Kepada peminat-peminat beliau jangan lepaskan peluang bertemu gadis comel lote ini OK>

Mr.PiNGU pun nak pergi jalan-jalan ke pesta Konvo UTM malam ni. Kalau ada rezeki dapat Heliza.. Opss.. hahah berangan je kan.. Sekina sahaja~

4 ulasan:

  1. nad niage kat pesta konvo...dtg lah yer...huhuhu

    BalasPadam
  2. gerai nad yg mana satu? Mr.PiNGu dh jalan2 pun satu pesta tuh

    BalasPadam
  3. kat gerai B24.... nasik ayam hainan....hohohoho

    BalasPadam
  4. Ahmad Haziq: huhuh saya tak kesampaian nak pi lawat gerai tu.. sebelum tu xtau pasal ni.. huhu.. bila dah tau gerai B24 tu xde kesempatan lak nak singgah lagi.. kalau tak boleh skodeng si Nad itik kuning hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^