JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Tetap dipanggil dengan panggilan berlawanan

Salam..

Harini nak tulis sket something yang Mr.PiNGu terfikir sebelum tidur malam tadi. Macam menarik untuk ditulis. Actually, ia merupakan kes terpencil dimana sesuatu perkara itu tetap dipanggil menggunakan sifat berlawanannya. Ni sedikit yang saya terfikir.

1) Walaupun dia lewat atau lambat melakukan sesuatu perkara atau menghadirkan diri ke sesuatu tempat, dia tetap dipanggil awal.. siapakah dia?
>>>>>  JAWAPAN: AWAL ashaari.

2) Walaupun namanya seorang wanita, dia tetap menjadi dambaan ramai wanita dan juga kesukaan bagi lelaki, apakah dia?
>>>>> JAWAPAN: KACIP FATIMAH

3) Walaupun tongkat itu dicincang sehingga menjadi debu, ia tetap dipanggil tongkat. Apakah dia?
>>>>> JAWAPAN: TONGKAT ALI.

4) Walaupun dia gengstar semacam dan dikenali dengan suatu "aksi yang agak berbahaya", dia tetap digemari oleh insan-insan yang lemah lembut. Siapakah dia?
>>>>> JAWAPAN: kuih LOMPAT TIKAM.

5) Walaupun orang panggil dia buruk, namun dia sentiasa manis.. siapakah dia?
>>>>> JAWAPAN: kuih BATANG BURUK

6) Walaupun namanya alim, dia bukanlah bersifat beriman.. siapakah dia?
>>>>> JAWAPAN: kuih KETAYAP

7) Walaupun dia tu selalu berperangai buruk, orang tetap panggil dia dengan nama yang baik. Siapakah dia? 
>>>>> JAWAPAN: cik MURNI (individu sebenar dirahsialah =p)

8) Walaupun namanya seperti binatang yang jijik dan pengotor namun ia gemar dipegang dan disentuh oleh manusia. Apakah dia?
>>>>> JAWAPAN: teTIKUS.

=p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^