JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Karipap-karipap Cinta Abang Dini

Salam..

Apa khabar semua? Hari ini Mr.PiNGu meneruskan rutin sebagai seorang pegawai kerajaan. Letihnya.. Banyak kerja pula lately. Peningla nak wat. Stress gak sebab macam-macam berlaku harini. Malas nak cerita sekarang. Kalau ada mood karang story lain.

Then, kita pergi kepada topik yang sepatutnya. Karipap-karipap Cinta Abang Dini. Oh Siapakah abang dini? Sebenarnya, dia salah seorang rakan saya yang saya kenali di forum cari.com. kemudian menjadi rapat apabila add beliau dalam facebook. Abg dini ni baik orangnya, peramah dan sopan santun. Semalam berlangsung majlis rumah terbuka beliau yang cukup meriah. Mr.PiNGu sebagai seorang AJK rumah terbuka yang malas buat kerja tetapi hanya rajin melantak telah memeriahkan majlis tersebut.


Daripada malam hari sabtu dah sibuk menyediakan persiapan untuk memasak. Sempatlah singgah Alamanda Putrajaya makan-makan di secret recipe and jalan-jalan beli barang. So, malam tu start la buat persiapan, potong-potong bawang, goreng kacang, dan sebagainya.

So, banyak la menu yang dibuat untuk tetamu pada keesokan harinya. Best semua menu yang dihidangkan. lazat-lazat! So, malam tu after semua tetamu dah balik barulah Mr.PiNGu beransur pulang. Yang bestnya Abg dini sempat membekalkan makanan untuk di tapau. salah satunya ialah "Karipap". Hehe. So, masa datang Ofis harini I bawak la karipap ini dan panaskan dalam avon. Bila dah panas rasa sedap la jugak. Hehe leh la hilangkan lapar petang-petang ini. Hope next year abg Dini jemput saya lagi..

Sekian sahaja untuk kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^