JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Masuk Semester Baru Pengajian UTM

Salam..

Alhamdulillah.. Setelah lama bercuti, masuk jua semester baru untuk para pelajar di kebanyakkan IPT tempatan. Minggu ini masuk minggu kedua pengajian dan merupakan minggu pertama Mr.PiNGu bertugas setelah outstation seminggu di Kuala Lumpur. So far so good.

Sepanjang merayau-rayau di sekitar Fakulti, terlihatlah muka adik-adik baru yang dilihat bersemangat untuk memulakan pengajian mereka. Pakaian mereka kemas-kemas. Siap pakai tali leher bagi lelaki dengan kemeja lengan panjang. Semoga semua pelajar-pelajar ini berjaya dalam pengajian mereka.

Dalam sesi pengajian, ada dua perkara yang saya rasa menyulitkan saya. Yang pertama ialah kesesakan disebabkan bilangan pelajar yang ramai. Nak parking pun susah. Itu adalah perkara biasa. Akan tetapi, perkara yang saya saya agak tension masa dalam sesi pengajian ialah Speed internet yang jatuh merudum. Speed internet menjadi sangat-sangat slow tatkala kembalinya pelajar ke kampus. Selalu juga nak loading website memakan masa yang sangat lama.

Mengapakah hal ini berlaku? Puncanya kerana terlalu ramai pelajar yang menjalankan aktiviti men-download file-file besar seperti movie menggunakan perkhidmatan Wifii yang dibekalkan oleh pihak universiti. Saya rasa aktiviti mendownload ini merupakan aktiviti yang kurang sihat dan menyusahkan pihak lain. Sebabnya kadar penggunaan internet sehari ada limitnya. Jika terlalu ramai menggunakan internet maka kesesakan talian akan berlaku.

Pada pendapat saya, pelajar perlulah menggunakan perkhidmatan internet sekadar diperlukan sahaja. Gunakanlah internet untuk mendownload atau menghantar tugasan, mencari informasi berkaitan akademik. Jadilah seorang pelajar yang berilmu dan berhemah. Janganlah anda mementingkan diri sendiri dengan menggunakan perkhidmatan internet untuk tujuan tidak berfaedah. Jika mahu juga memuat turun file bersaiz besar, gunakanlah perkhidmatan jalur lebar yang anda beli sendiri.

Saya tak mahu ada pelajar yang terus mengeluh tentang speed wifii yang disediakan oleh universiti, sedangkan pada masa yang sama anda dan rakan-rakanlah yang menyumbang kepada kejatuhan hadlaju talian internet. Cuba bayangkan jalan raya yang dilalui oleh kenderaan. Semakin banyak kenderaan yang lalu semakin lambatlah pergerakan kenderaan-kenderaan tersebut. Bilangan kenderaan ibarat bilangan data yang dihantar dan diterima manakala jalan raya ibarat talian penghantaran. Itu je sedikit perumpamaan untuk menjelaskan perihal halaju talian internet. 

Sekian sahaja. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^