JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Anuar Zain tarik diri Muzik Muzik 2011?

Hai!

Seperti yang kita tahu, Separuh akhir muzik-muzik 2011 dah pun berlangsung sesi pertama dengan 11 lagu telah dipertaruhkan. 5 lagu yang mendapat markah tertinggi pun dah kita ketahui. Salah satu lagu yang bakal mencuri perhatian peminat industri seni pastinya lagu yang dipopularkan oleh Anuar Zain iaitu Sedetik Lebih.

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum bahawa Anuar Zain tidak akan menyanyikan lagu tersebut untuk pertandingan berprestij ini. Alasannya kerana beliau tidak mahu lagi bertanding mana-mana pertandingan melibatkan nyanyian live. Mungkin beliau nak menjaga kelas beliau sebagai artis yang cukup exclusive. Maka semua pihat terpaksalah akur dengan keputusan tersebut.

Yang menjadi persoalannya ialah siapakah yang bakal menggantikan Anuar zain untuk menyanyikan lagu tersebut? Jika sebelum ini pencipta lagu tersebut iaitu Edry Abdul Halim belum memutuskan siapa yang bakal membawa lagu tersebut, namun beberapa nama sudah disebutkan seperti Nora dan juga Jaclyn Victor. Dan saya juga dimaklumkan bahawa kemungkinan besar jaclyn Victor yang akan membawakan lagu tersebut.

Bagi saya, jika Jac yang terpilih maka saya rasa satu pilihan yang bagus. saya yakin dengan versatility yang ditunjukkan oleh Jac dalam membawakan apa jua bentuk lagu. Lagipun Jac pernah membawakan lagu Anuar zain iaitu Perpisahan dengan cukup cemerlang dalam persembahannya. Saya yakin Jac mampu membawa Sedetik Lebih dengan baik jika Jac mengambil kira penghayatan lagu dan tidak terlalu overdo semasa menyanyikan lagu tersebut. Apa-apapun, saya menang sangat menantikan kemunculan persembahan lagu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^