JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Anuar Zain tidak bertanding Separuh Akhir Muzik Muzik 2011

Salam..

Sebenarnya, semalam Mr.PiNGu baru dapat berita bahawa penyanyi kebanggaan Mr.PiNGu tak mahu bertanding untuk separuh akhir muzik muzik 2011. Sebenarnya rasa sangat-sangat kecewa. Lagu yang sepatutnya dibawakan beliau, iaitu sedetik lebih merupakan sebuah lagu yang memiliki komposisi kuat untuk membawa sesuatu dalam pertandingan berprestij tersebut.


Khabarnya, pencipta lagu tersebut iaitu Edry Abdul Halim bakal mencari pengganti untuk lagu tersebut. Antara artis yang mungkin dipilih ialah Jaclyn Victor, Nora, Hafiz dan beberapa nama lagi. Edry memaklumkan bahawa lagu sedetik lebih telah dibawa oleh Anuar Zain ke satu tahap yang sukar untuk dicapai oleh artis lain. Justeru memang susah nak mencari artis yang mampu membawakan lagu ini sebaik atau lebih baik daripada penyanyi asalnya.

Edry bagaimanapun memaklumkan menghormati keputusan Anuar zain untuk tidak bertanding dalam mana-mana pertandingan nyanyian selepas ini. Mungkin Anuar zain mahu menjaga exclusivity beliau. Lagipun nama Anuar Zain sudah berada pada liganya tersendiri. Beliau sudah memiliki pengikut muziknya sendiri. Mr.PiNgu berharap pengganti untuk lagu sedetik lebih mampu membawakan lagu tersebut dengan baik. Rugi jika lagu ini tidak dapat mara ke Final. 

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Lagu nih gerenti akan menang sekiranya Anuar Zain sendiri yang menyanyikannya. Tapi kalau artis lain yang bawak... tak pasti boleh menang ker tidak.

    Tapi lagu ini dalam versi B.I. juga nyanyian anuar Zain amat teruk.


    Terbaru dari Logokoko:

    [10PG] Cara memicit jerawat tak bertauliah

    [13SX] Dilarang mengintai di tandas ini!

    [U] Edwards Syndrome

    BalasPadam
  3. @logorithm

    nak buat macamana kan anuar zain xmahu bertanding... terima sahajalah

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^