JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Zizan Maharaja Lawak Bakal Terima Tawaran Astro Warna?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Thanks for visiting my iGLoO


Memenangi tempat kedua dalam pertandingan Raja Lawak (RL) pada tahun 2007 memang memberikan tuah yang bukan sedikit kepada Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak. Bukan sahaja dalam dunia lawak dan lakonan, bidang pengacaraannya juga semakin menyerlah. Selepas hangat mengacara program Jozan Show melalui saluran Astro Warna bersama Johan, satu demi satu tawaran pengacaraan diterimanya. Tidak keterlaluan jika dikatakan, anak kelahiran Terengganu ini sudah berjaya berdiri sebaris dengan artis-artis popular yang lain.




Tawaran lakonan pula tidak putus-putus diterimanya dan terkini, Zizan dikatakan bakal menjadi wajah eksklusif Astro. Zizan mengakui ada menerima tawaran daripada pihak Astro Warna itu, tetapi masih lagi di peringkat awal di mana beliau masih lagi belum menandatangani sebarang perjanjian. Jika beliau menerima tawaran itu, adakah ini bermakna kerjayanya sebagai pengacara Melodi di TV3 terpaksa ditamatkan? Semua akan terjawab selepas Zizan selesai berbincang dengan pihak Astro dan segalanya bergantung kepada kontrak tersebut. Apapun bagi Zizan, setiap perkara perlukan pengorbanan dan tidak mahu menjawab lebih lanjut.

Macam dah tahu sahaja jawapan Zizan ni kan? Kita nantikan. Jika Melodi sudah mula menjemput atau menukar pengacara lelaki, kita tahulah jawapannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^