JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Muzik-Muzik 2011 Separuh Akhir Minggu Pertama

Salam Semua..

Minggu lepas dah pun berlangsung Saringan pertama Muzik-Muzik 2011 yang menampilkan 11 buah lagu yang hebat-hebat. Kalau nak ikutkan, tahun ini lebih banyak pilihan lagu yang hebat sehinggakan kita pun sukar nak menjangkakan lagu mana yang akan layak ke Anugerah Juara Lagu pada tahun ini (Biasanya akan dilangsungkan pada awal tahun berikutnya).

Berdasarkan Top 5 minggu lepas sebenarnya memang mengikut ramalan saya. Saya telah menjangkakan bahawa lagu nyanyian Nubhan – Mata Hati, Yuna – Gadis Semasa, 3 Diva hebat (Ning Baizura, Sheila Amzah dan Jaclyn Victor) – Beribu Sesalan, Hafiz – Awan Nano, dan Alyah – Kisah hati akan mendapat markah tertinggi pada minggu pertama. Lagu-lagu yang lain pun hebat-hebat. Just saya tak berapa puashati ada sebahagian artis yang menyanyi seperti tidak bersungguh-sungguh dengan penyampaian Vokal yang tidak memuaskan.

Namun begitu, ada sedikit isu pada minggu pertama yang telah dibangkitkan oleh sebilangan peminat muzik tanah air. Pertamanya tentang pencipta lagu Alyah iaitu Kisah hati. Alyah sendiri memberitahu beliau tidak tahu siapakah sebenarnya empunya nama “Manusia Putih” yang mencipta lagu tersebut namun beliau memaklumkan beliau sangat tertarik dengan lagu Kisah Hati dan gembira menyanyikannya. Setelah diselidik, rupanya pemilik nama “Manusia Putih” merupakan Adi daripada kumpulan Six Sense.

Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa Adi merupakan warga Negara Indonesia meskipun beliau menganggotai Kumpulan Six sense yang ditubuhkan di Malaysia. Kita juga dah sedia maklum kumpulan Six Sense sudah beberapa kali menyertai Anugerah Juara Lagu sebelum ini. Akan tetapi saya tak ingat pencipta lagu yang dinyanyikan oleh mereka sama ada dicipta oleh anggota kumpulan mereka sendiri atau komposer tempatan lain.

Saya berharap lagu kisah hati layak meskipun agak melanggar tradisi muzik-muzik atau juara lagu seperti sebelum ini. Sebab saya sangat meminati lagu tersebut kerana ia merupakan sebuah lagu yang hebat. Kalau nak ikutkan, pencipta lagu beribu sesalan juga dikatakan bukan warga Negara Malaysia tetapi komposernya telah mendapat taraf PR (Permanent Resident). Kita tunggu dan lihat sahaja Ok.

Untuk saringan minggu kedua yang sebenarnya baru sahaja berlangsung malam tadi, hanya dua lagu sahaja yang menepati ramalan saya. Agak kecewa sebab ada diantara lagu tersebut bagi saya tak begitu minat akan tetapi Berjaya tapi dapat TOP 5. Biasalah juri punya penilaian lain dengan kita. Mereka ada kriteria pilihan mereka sendiri tak semestinya perlukan lagu yang sedap dan Vokal yang memukau.
Sekian sahaja untuk kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^