JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Komen Juri dan Peribadi: Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 9

 


Komen Juri Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 9:

1) Dina Nazir (Laksamana Raja Di Laut - Iyet Bustaman)

Tok Naz: Nampak kesukaran Dina menyanyikan lagu genre yang Dina tak biasa. Tapi, persembahan minggu ini lebih baik daripada Minggu Lepas.

Komen Peribadi: Jiwa Dina bukan pada Irama Malaysia dimana beliau pun mengaku tidak pernah mempersembahkan lagu irama Malaysia. Kedengaran tidak selesa, agak kekok dan keras.


2) Haida (Nang - Iman Troy)

Komen Peribadi: Bukan lagu yang mencabar untuk pertandingan. Kesian Haida. 


3) Bob (Zhalika - Floor 88)

Komen peribadi: Persembahan yang memukau, kreatif dan bertenaga.

Bunda Hetty: Bob berhasil membawakan lagu ini.. Ada sikit-sikit... tempo... tapi masih OK.


4) Fuad Rahman (Gadis Melayu - Jamal Abdillah)

Tok Naz: Nampak semakin selesa, semakin menunjukkan taring. Nada tinggi memang forte kamu akan tetapi nada rendah perlu jaga-jaga. Dari nada tinggi ke rendah perlu baik. Jangan takut-takut menggunakan pentas sepenuhnya. Jangan lupa berkomunikasi dengan keempat-empat gadis melayu.

Komen Peribadi: Tiada Perbezaan ketara dengan Versi asal melainkan pada part akhir dia naikkan key dan tidak menarik di pendengaran saya. Vokal juga ada part-part yang kedengaran goyah.


5) Pat Candy (Cinta Gila - Juliana Banos)

Tok Ram: Kamu bertuah dapat genre lagu yang kena dengan kamu selama tiga minggu. Lagu ni berulang-ulang, perlu ubah attitude untuk setiap verse. Bagi menarik. Work harder and be stronger.

Komen Peribadi: Lagu ni fun dan sesuai dengan Pat, namun, beliau perlu lebih kreatif.


6) VE (Dari Sinar Mata - BPR)

Komen Peribadi: Saya suka lagu ni versi VE! Ni varu VE punya vibe. Vokal kedengaran lebih baik pada minggu ini. Mereka lebih confident dan selesa. Harmoni makin baik.

Bunda Hetty: Perlu ada pecahan suara, ada bass, baritone, tenor? Jika ada syair, perlu pecah jangnan solo. Perlu berlatih pecahan suara. Ada masa perlu bersama ada masa solo.


7) Jaclyn Victor (Perawan atau Janda - cita citata)

Tok Naz: Ada masa Jac kekok. Just enjoy. Jac ada sedikit masalah pada hidung.. Jac akui ada buat surgery. 

Komen Peribadi: Dangdut ni bukan Genre Jac tapi dia berusaha bawa dengan gaya beliau sendiri. Vokal dia ada nakal-nakal manja. Mantap still mantap. Ada part jac tergelak masa kak lina menari tu. Spoil sket.


8 ) Tomok (Hukum Karma - Wings)

Tok Ram: Juri menilai berdasarkan how you execute the song. Bila kamu tukar ia akan menjadi lebih sukar.


9 ) Asheed Def Gab C (Yang Penting Hepi)

Tok Naz: Asyik betul. Sebenarnya saya tengok je abang tak tulis apa pun. Sebab lain macam malam ni. Gelekkan nampak manis. saya suka bila abang nyanyi abang tahu buat apa abang boleh buat tidak terikut penyanyi asal.

Komen Personal: Menghiburkan. Walaupun bukan genre beliau namun macam best je beliau bawa.


10) Shila Amzah (Secangkir Madu Merah - Amelina, Iwan & Sheeda)

Bunda Hetty: Shila kelihatan Enjoy. Dangdut selalunya bunyi Ral. Tapi ada bahagian yang diubah kepada bunyi lain (Ghazal) ia cerdik untuk membezakan dengan penyanyi asal. Note dan Nada pass. Perlu lebih kuasai dan kuasai.

Komen Peribadi: Saya dengar seperti Shila tak begitu sesuai membawakan lagu ni. Terlalu kerap dia buat bunyi Ukk yang tajam pada hujung note. Ada juga kelainan shila cuba bawakan tetapi ada lenggok dia tidak begitu kemas.


11) Hazrul Nizam (Fatwa Pujangga)

Tok Ram: Lirik ada berbeza.. Amat ke sangat? Sebutan sangat jelas. Bagus! Feel dia kurang merdu. Just OK.

Komen Peribadi: Persembahan beliau sangat baik dan memukau. Feel sampai, lenggok semua cantik. Tone pon sedap. Lagu ini sangat sesuai dengan beliau.


12) Tom (Goyang Inul)

Bunda Hety: Jangan membelakngkan juri dan penonton. Ada gerakan Jaipong yang perlu berbeza kerana muziknya ada berbeza Vokal perlu dijaga kerana banyak Flat.

Komen Peribadi: Persembahan dia agak meyakinkan. Dan dia bagi all out. Bagus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^