JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Zul Ariffin Mengaku Salah dan Didenda 30 ribu ringgit

 


Gempar semalam berita mengenai Zul Ariffin didenda 30 ribu kerana mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan jelik di laman Instagramnya tular.

Pada pendapat saya, bagus dia mengaku salah dan semoga ia tidak diulangi oleh beliau dan orang lain.

Selain itu, ada pendapat yang menyatakan beliau tahu akan kesan dan akibat berbuat demikian. Dan mungkin sebab mahu marketing. Wallahualam. itu dari apa saya baca je.

Semoga perkara ini tidak lagi berlaku. Kerana beliau selibriti maka beliau mendapat perhatian. Namun begitu, ramai sahaja netizen yang melakukan perkara sama tanpa rasa bersalah. Semoga ia tidak menjadi budaya masyarakat kita yang mementingkan adab ketimuran dan sebahagiannya beragama Islam.

SEPANG: Pelakon lelaki popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik klip video bersifat sumbang di akaun Instagramnya Mac lalu.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Zul, 36, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin didakwa memuat teaser klip ‘babak panas’ itu untuk siri yang akan ditayangkan di televisyen bertajuk “Perempuan Itu” pada 18 Mac.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu zul tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pada pukul 8.10 pagi dengan memakai sut berwarna kelabu gelap dengan diiringi beberapa individu dipercayai peguam dan pengurusannya.

Terdahulu, hantaran pelakon itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila klip video yang dimuat naiknya dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia kerana mengandungi elemen sumbang.

Susulan itu, pelakon dan juga model itu menerima kecaman daripada netizen dengan rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan memuat naik video itu. 

Kredit: Utusan Malaysia 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^