JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Aku malas menulis BLOG lately

Salam.. lama rasanya Mr.PiNGu tak buat entry baru.. Buzy lately. Entahla.. lately rasa macam takde mood je nak menulis blog.. dah berminggu gak ada perasan camni. Bila melihat abg Ben Ashaari posting entry yang banyak setiap hari secara consistent, mulalah I terpikir.. ermm.. rasanya abang Ben punye blog memang dah sangat laris dan traffic beliau sangat tinggi. Apa lagi yer yang beliau cari? mungkin kepuasan dari penulisan blog itu dan juga perkongsian informasi.

Saya juga salah seorang daripada pengikut blog abang ben ashaari. Saya rajin baca je la komen sangat-sangat jarang. Just nak tengok bagaimanakan gaya penulisan blog bagi seorang yang hebat macam beliau. Saya rasa beliau ada aura tersendiri justeru pengikut beliau ramai.

Cemburu? Bohong kalu saya katakan saya tidak cemburu. Akan tetapi semua pencapaian itu atas usaha individu. Dah saya malas nak update blog bagaimana blog saya mahu menerima pengunjung? begitu kan? Justeru segala hasil yang akan kita dapat adalah berdasarkan usaha kita sendiri. Mungkin saya masih belum begitu menyintai Blog sendiri kerana saya masih rasakan banyak kekurangan pada blog saya berbanding blog rakan-rakan lain. Kalau diri sendiri sudah pikir negatif bagaimanalah semangat nak mengemaskini Blog itu akan ada kan?

Hehe.. Hopefully semangat saya akan datang kembali. Walau bagaimanapun.. saya kene ingat bahawa sekarang ini saya telah jadi sebahagian dariapada warga Blogger. Walaupun Blogger sering dicemuh dengan pelbagai panggilan tetapi kita kena ingat sebagai seorang blogger, kita ada tanggungjawab untuk menulis dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat. Kita sebagai Blogger merupakan "Media tidak Rasmi" untuk negara kita dan juga dunia. Maka, menulislah dengan berhemah dan juga seberapa tepat yang mungkin. Buatlah kajian atas sesuatu info yang kita tidak cukup maklumat mengenainya. Sekian sahaja untuk malam ini. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^