JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Malam Ramadhan ke-7

Salam..

Apa khabar rakan-rakan? Malam ini Mr.PiNGu tidak lagi tidur. Nak tidur sudah pukul 2 setengah. kalau tidur sekarang memang susah nak bangun sahur. Silap-silap subuh pun terlepas karang. Akan tetapi nak tunggu subuh pun dah ngantuk sangat. Mr.PiNGu betul-betul dalam dilema sekarang ini. HuHuHu...

Itulah! Mak dah pesan jangan tidur lambat-lambat Nak juga ko tidur lambat ha sekarang sapa yang susah? Huhuu.. Takpe semoga Mr.PiNGu diberi kekuatan untuk meneruskan malam ini dengar baiknya sehingga menjelang subuh. Lepas solat subuh baru akan tidur. Mungkin sudah terbiasa tidur siang pada hari sabtu ahad. Al-Maklumlah takde keje nak buat cuti-cuti. Nak keluar berjalan pun takde kawan sangat.

Malam ini sempat keluar shopping dengan kawan-kawan serumah after tarawikh. Lama betul tak bershopping. Malangnya masa nak shopping tadi Jusco dah nak tutup pula. maka tak dapatlah nak ronda-ronda lama sket. Sempat beli dua botol air mineral, air kotak soya jagung separuh dosen dan coklat yang RM 20+ tuh hehe.. Ok la dari takde.

Ok dikesempatan ini nak wish kawan-kawan agar meneruskan berpuasa di bulan ramadan yang mulia ini dan meningkatkan amalan masing-masing. Luangkan masa untuk membaca Al-Quran dengan lebih kerap berbanding bulan-bulan biasa kerana ganjaran pahala yang cukup besar. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya.. Insya-Allah..

Sekian sahaja~
Wassalam..

2 ulasan:

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^