Belek-belek laptop terpandang gambar lama, masa pergi attachment study di Sweden. Masih teringat keenakan masakan disana yang sihat. tak macam menu di Malaysia yang banyak sangat mengundang kegemukan. Hehe.. apapapun saya masih mencari cara untuk menghasilkan menu yang enak dan menyihatkan.. kalau ikutkan menu-menu kita memang enak cuma kurang menyihatkan. Masak rendang daging tanpa minyak? boleh? tentu tidak bukan.
Walau apapun, kita kena balancekan kita punya menu harian untuk kekal sihat. Memang benar sesetengah menu memang tidak berapa baik untuk kesihatan kita tapi boleh ambil dalam kuantiti tidak banyak. Kalau di Sweden, mereka banyak menggunakan kaedah merebus dan memasak menggunakan minyak zaitun.
Di Malaysia, kadar obesiti berada pada tahap sangat membimbangkan. saya juga salah seorang yang menderita obesiti saban hari. ahaha silap diri sendiri yang ambil makanan tidak seimbang. Dan kurangnya bersenam. Kita perlu ubah tabiat hidup kita untuk kekal sihat. Saya pun akan mulakan azam secepat mungkin untuk lebih sihat.
Menu: Ikan Salmon dengan pelbagai sayuran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^