Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Last time aku ada la share gambar aku menghasilkan lempeng di wechat. Ada pula orang tanya macamana nak menghasilkan lempeng. Kuhhh semangat. Aku rasa tak boleh terima la orang yang tanya soalan ni. Bukan apa ni mesti jenis tak pernah langsung masuk dapur or at least tengok orang memasak. Nak hasilkan lempeng ni senang je la. Ni aku ajar satu-satu.
1- Sediakan tepung gandum. Kalau tak tahu pegi kedai tanya la tuan kedai runcit camne rupa tepung tu. Ni tepung yang aku guna. Ada banyak jenama lagi tu aku tak kisah la korang nak guna jenama apa janji korang jangan beli bedak buat lempeng sudah.
2- Masukkan Tepung gandum dalam bekas. Kalau korang nak sedap korang boleh campurkan tepung tersebut dengan udang, ikan bilis, bawang dan sayuran lain yang munasabah. Dan paling penting tambahkan sedikit garam ke dalam tepung tersebut.
3- Kemudian nak buat apa? Campurkan air sedikit dan kacaulah sehingga sebati. Bergantung pada citarasa korang nak tepung tu pekat atau cair. Dua-dua pun boleh.
4- Next, sediakan kuali untuk memasak. Masukkan sedikit minyak masak dan panaskan kuali.
5 - Ok ambil senduk dan mula masukkan acuan tepung yang korang buat tadi pada kadar yang munasabah dan mula meleperkan akan ia atas kuali. Kena selalu diterbalikkan untuk masak secara sekata dan mengelakkan terlalu hangus. Macam yang aku tunjuk dalam gambar dibawah:
6- Ok.. Kalau dah siap bolehlah korang hidangkan dalam pinggan.
7- Kalau takde kuah tak sedap la kan. At least kena ada kuah kari. Kalau takde kuah kari, korang boleh guna kuah sardin. Tak pun kalau malas sangat makan je dengan gula pasir. hahaha.. Masa ni ada orang sedekah kuah kari pada aku so aku tinggal panaskan je. Nyum-nyum.
Ok! Siap sudah. Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^