JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Persahabatan Perlukan Kepercayaan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada saat ini saya belum lagi melelapkan mata. pelbagai perkara yang difikirkan. Salah satu perkara yang berlegar-legar didalam kepala saat ini adalah tentang erti persahabatan. Ramai orang yang tidak dapat membezakan antara kawan dan sahabat. Itu tidak mengapa. 

Bagi saya, apabila sudah menjadi sahabat, apa yang penting adalah sikap jujur, saling membantu antara satu sama lain, menutup aib sahabat, menceritakan hal-hal yang baik sahaja dan sebolehnya menutup kekurangan sahabat, dan paling penting membuang sikap suka buruk sangka, curiga dan ego. Semua sikap2 negatif ini jika ditanam dalam jiwa pasti akan membawa kepada kehancuran tali persahabatan.

Kerapkali kita melihat akan dua sahabat baik yang berkongsi susah senang akhirnya menjadi musuh, Dimana silapnya? Tentulah kerana adanya sikap-sikap negatif yang tidak dibuang dalam diri kita. Walaubagaimana pun setiap insan pasti ada kekurangan. Nobody is perfect justeru adalah sangat penting jika kita mengamalkan sikap-sikap yang baik, saling memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Ketika artikel ini ditulis, saya melihat kehancuran dalam satu organisasi yang dianggap sahabat, hanya disebabkan sikap buruk sangka, cakap belakang dan tidak professional dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit. Disebabkan gagal duduk semeja untuk mencari punca dan jalan penyelesaian, maka banyak isu yang menjadi samar-samar dan akhirnya menjurus kepada tanggapan yang salah dalam sesuatu situasi tersebut.

Sebagai orang Islam, saya sering mengingatkan diri kita tentang sifat-sifat mulia yang perlu diterapkan dalam diri. Sentiasa berbuat baik kepada insan lain dan sentiasa berfikiran positif. Jika ada kekhilafan, maka tegurlah secara berhemah tanpa melukakan hati pihak yang ditegur. Ada beza antara menegur dengan memalukan. Menegur seharusnya dengan lembut dan dilakukan secara hubungan komunikasi dua hala. Manakala memalukan merujuk kepada menegur seseorang individu dengan bahasa kurang sopan dan dilakukan di khalayak ramai. Justeru adalah baik jika kita menyelesaikan hal secara komunikasi dua hala secara berkesan tidak lagi menggunakan cara yang mungkin membawa niat memalukan insan tersebut.

Sebagai seorang manusia, saya inginkana agar persahabatan dan ukhwah sesama rakan-rakan terjalin baik selamanya, selagi hayat dikandung badan..

Sekian sahaja..

2 ulasan:

  1. saya setuju tu kepercayaan... tapi kemaafan harus juga diberi... sekurang2 nya sekali... kalau kena kali kedua, kita kena jauhkan dia dari kita...membuang tidak tapi menjauhkan perlu supaya tak terkena untuk kali ketiga...

    BalasPadam
  2. @Najib Ariyan

    ya kemaafan perlu diberi.. dan perlu berhati2 agar tidak berulang...

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^