Charyl Chappuis >> Tiba-tiba menjadi sebutan di segenap ceruk laman sosial hari ini!
Hai semua! Malam tadi berlangsungnya Piala AFF 2014 yang menyaksikan Malaysia menentang Thailand. Saya yang tidak meminati Bola sepak juga terjebak untuk menyaksikan perlawanan ini kerana memenuhi permintaan rakan-rakan. Apa yang sedihnya, Malaysia gagal membawa kemenangan pada malam tersebut.
Malaysia tewas dengan Agriget 0-2
Malaysia pada awalnya dibelakang dengan kejayaan sepakan penalti pemain Thailand yang memakai Jersey nombor 7. Namun, ada yang menarik disebalik perlawanan ini.
Kali ini bukanlah Matyo yang disebut-sebut, akan tetapi, pemain pihak lawan yang tiba-tiba mendapat sebutan ramai yang kelakarnya gosip mengenainya tersebar dengan pantas. Disini saya lampirkan beberapa artikel yang sempat saya baca mengenai pemain Thai tersebut yang dikenali sebagai Charyl Chappuis:
Kacakkah? hehe not bad..
Ok! Gambar ni memang nampak beliau sangat kacak kerana menjaringkan gol kemenangan bagi pihak Thailand
Oooo... anak kacokan rupanya.. kacokan Mat saleh gitu ala ala Zain Saidin. Hehehe
Ha.. inilah gambar paling panas yang sibuk disebarkan sejak malam tadi. Yang aku peliknya, sekejap benar gambar ini tersebar tatkala habis sahaja perlawanan bola malam tadi. Dan aku dapat melihat melalui wechat juga facebook. Gigih betul rakyat Malaysia. Busy body betul. Suka sangat sebar gosip yang entah betul dan entah tidak. Boleh mengundang fitnah je. Ok nak dijadikan cerita, beliau dituduh sebagai GAY! Ok lah Ok lah.. Gambar kat atas tu dah back-up diorang.. kata dia orang adik beradik la so takpe la kan. Ntahla. Tapi mengikut mata aku ni yang masih terang tak pakai spek mata, muka diorang tiada persamaan. Itu satu hal. Satu hal lagi, aku sendiri tak akan memeluk dan mencium adik lelaki aku macam tu. Itu aku lah. Korang aku tak tahulah.
Pasal ni, no wonder lah. Kalau kecik-kecik tak dilatih takkan lah dah besar tetiber terer kan? Mestilah beliau telah melalui latihan yang keras sejak zaman kecil lagi untuk menjadi pemain handalan.
Haha.. kalau dah handsome and terkenal, mestilah ada orang minat kan? Macam Khairul Fahmi pemain Kelantan tu sekejap sahaja terkenal sebab wajah kacak. Tapi tak tahu follower beliau seramai ini atau tidak.
Ok.. FB fan Club ni tak ada yang nak dihairankan. Sesiapa boleh buka Fan Page mereka sendiri ataupun dibuka oleh peminat-peminat yang gigih atau fanatik.
Hahah ini lawak. tang mana ntah samanya dengan Cristiano Ronaldo. Kalau persamaan dari segi kacak tu mungkin bolehla kot. Sama-sama kacak.
Terbaik pencapaian beliau. Kalau dah dijadikan kerjaya apa yang nak dihairankan hehe.. Semoga beliau terus cemerlang.
Setiap orang ada impian. So ini adalah impian beliau semoga suatu hari nanti beliau berjaya mencapai impian beliau. Impian perlu disertakan dengan usaha!
Note: Aku masih teringat sepakan lipat ala-ala bermain sepak takraw oleh pemain Malaysia malam tadi. Malangnya, yang berjaya disepak bukanlah bola tetapi muka pemain Thai! er.... pitam!!
Sekian sahaja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^