Kepada peminat setia Anime / Manga Naruto yang kemudiannya dikenali sebagai Naruto Shipudin, mesti sedia maklum bahawa anime yang telah diterbitkan pada tahun 1999 telah berakhir pada tahun ini setelah 15 tahun beraksi.
Aku mengenali Anime ini ketika aku mula belajar di Universiti Teknologi Malaysia sekitar tahun 2003. Ketika itu, aku terlihat rakanku menonton anime ini yang pada masa itu baru menjengah episod 70. Setelah menonton satu episod, aku rasa sangat tertarik. Dan setelah ini aku gigih mencari anime ini daripada awal untuk mengetahui jalan ceritanya.
Sebelum mengenali manga Jepun yang popular ini, aku adalah peminat setia komik China seperti Dewata Raya dan Alam Perwira. AKu selalu membayangkan bahawa komik cina ini dikartunkan namun tidak sangka Jepun telah mengambil langkah lebih awal dengan mengkormesialkan komik mereka ke bentuk Anime.
Anime Naruto adalah satu bentuk kegembiraan untuk aku selama ini. Perasaan teruja untuk mengetahui perkembangan setiap episod memang sentiasa dirasai. Setiap minggu aku tidak sabar untuk memuat turun siri terbaru. Naruto, yang merupakan kanak-kanak nakal tidak berbakat menunjukkan sesuatu kepada kita bahawa dengan usaha keras, impian boleh dicapai. Ia adalah tidak mustahil dengan usaha keras. Ini adalah satu motivasi diri yang bagus. Contohnya untuk kita sebagai pelajar, jika nak capai keputusan baik dalam peperiksaan, tidak ada jalan mudah melainkan mengulangkaji pelajaran tanpa mengenal erti jemu.
Berbalik kepada siri anime Naruto, ia berkisah tentang impian seorang pemuda yang ingin menjadi seorang Hokage, iaitu ketua Kampung yang dikenali sebagai Ninja Paling Kuat. Namun, ramai yang meragui kemampuannya kerana sejak kecil, dia merupakan pelajar tidak berbakat dan dibenci masyarakat kerana takdirnya yang menyimpan Rubah sembilan ekor di dalam tubuhnya.
Daripada seorang yang dibenci dan ditakuti, Naruto berusaha menjadi seorang insan yang disayangi dan diperlukan oleh semua orang selain menjadi Hero di kampungnya. Namun, cabaran utama Naruto ialah dengan mengembalikan rakannya, Sasuke ke jalan yang benar dari kesesatan.
Cerita berakhir dengan pertempuran dasat antara Naruto dan Sasuka yang membawa kepada kehabisan tenaga kedua mereka. Sasuke mengaku kalah dan akhirnya mengakui jalan yang dibawa Naruto. Naruto kemudiannya menjadi Hokage setelah beberapa tahun jawatan itu dipegang oleh gurunya, Kakashi.
Jujurnya, saya teringin melihat sambungan cerita Naruto ini untuk generasi baru (generasi beliau dan anak-anaknya). Kita lihat semua ninja telah bersatu, membina keluarga dan melahirkan generasi-generasi pelapis. Naruto keseluruhannya merupakan satu komik hebat yang memberi motivasi, bukan sekadar hiburan bodoh. Itu sebab saya sangat menyukai Naruto. Sekarang, saya layan One Piece sahaja sebab cerita ini mempunyai jalan cerita lebih panjang dan juga sebuah Anime yang sangat menarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^