JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Piala AFF 2014: Malaysia vs Thailand (Pemain Thailand jadi Famous?)

Charyl Chappuis >> Tiba-tiba menjadi sebutan di segenap ceruk laman sosial hari ini!

Hai semua! Malam tadi berlangsungnya Piala AFF 2014 yang menyaksikan Malaysia menentang Thailand. Saya yang tidak meminati Bola sepak juga terjebak untuk menyaksikan perlawanan ini kerana memenuhi permintaan rakan-rakan. Apa yang sedihnya, Malaysia gagal membawa kemenangan pada malam tersebut.

Malaysia tewas dengan Agriget 0-2

Malaysia pada awalnya dibelakang dengan kejayaan sepakan penalti pemain Thailand yang memakai Jersey nombor 7. Namun, ada yang menarik disebalik perlawanan ini.

Kali ini bukanlah Matyo yang disebut-sebut, akan tetapi, pemain pihak lawan yang tiba-tiba mendapat sebutan ramai yang kelakarnya gosip mengenainya tersebar dengan pantas. Disini saya lampirkan beberapa artikel yang sempat saya baca mengenai pemain Thai tersebut yang dikenali sebagai Charyl Chappuis:

Kacakkah? hehe not bad..

Ok! Gambar ni memang nampak beliau sangat kacak kerana menjaringkan gol kemenangan bagi pihak Thailand

Oooo... anak kacokan rupanya.. kacokan Mat saleh gitu ala ala Zain Saidin. Hehehe

Ha.. inilah gambar paling panas yang sibuk disebarkan sejak malam tadi. Yang aku peliknya, sekejap benar gambar ini tersebar tatkala habis sahaja perlawanan bola malam tadi. Dan aku dapat melihat melalui wechat juga facebook. Gigih betul rakyat Malaysia. Busy body betul. Suka sangat sebar gosip yang entah betul dan entah tidak. Boleh mengundang fitnah je. Ok nak dijadikan cerita, beliau dituduh sebagai GAY! Ok lah Ok lah.. Gambar kat atas tu dah back-up diorang.. kata dia orang adik beradik la so takpe la kan. Ntahla. Tapi mengikut mata aku ni yang masih terang tak pakai spek mata, muka diorang tiada persamaan. Itu satu hal. Satu hal lagi, aku sendiri tak akan memeluk dan mencium adik lelaki aku macam tu. Itu aku lah. Korang aku tak tahulah.

Pasal ni, no wonder lah. Kalau kecik-kecik tak dilatih takkan lah dah besar tetiber terer kan? Mestilah beliau telah melalui latihan yang keras sejak zaman kecil lagi untuk menjadi pemain handalan.

Haha.. kalau dah handsome and terkenal, mestilah ada orang minat kan? Macam Khairul Fahmi pemain Kelantan tu sekejap sahaja terkenal sebab wajah kacak. Tapi tak tahu follower beliau seramai ini atau tidak.

Ok.. FB fan Club ni tak ada yang nak dihairankan. Sesiapa boleh buka Fan Page mereka sendiri ataupun dibuka oleh peminat-peminat yang gigih atau fanatik.

Hahah ini lawak. tang mana ntah samanya dengan Cristiano Ronaldo. Kalau persamaan dari segi kacak tu mungkin bolehla kot. Sama-sama kacak.

Terbaik pencapaian beliau. Kalau dah dijadikan kerjaya apa yang nak dihairankan hehe.. Semoga beliau terus cemerlang.

Setiap orang ada impian. So ini adalah impian beliau semoga suatu hari nanti beliau berjaya mencapai impian beliau. Impian perlu disertakan dengan usaha!

Note: Aku masih teringat sepakan lipat ala-ala bermain sepak takraw oleh pemain Malaysia malam tadi. Malangnya, yang berjaya disepak bukanlah bola tetapi muka pemain Thai! er.... pitam!!

Sekian sahaja!


Tamat Anime Naruto, Berakhirlah Satu Kegembiraanku


Kepada peminat setia Anime / Manga Naruto yang kemudiannya dikenali sebagai Naruto Shipudin, mesti sedia maklum bahawa anime yang telah diterbitkan pada tahun 1999 telah berakhir pada tahun ini setelah 15 tahun beraksi.

Aku mengenali Anime ini ketika aku mula belajar di Universiti Teknologi Malaysia sekitar tahun 2003. Ketika itu, aku terlihat rakanku menonton anime ini yang pada masa itu baru menjengah episod 70. Setelah menonton satu episod, aku rasa sangat tertarik. Dan setelah ini aku gigih mencari anime ini daripada awal untuk mengetahui jalan ceritanya.

Sebelum mengenali manga Jepun yang popular ini, aku adalah peminat setia komik China seperti Dewata Raya dan Alam Perwira. AKu selalu membayangkan bahawa komik cina ini dikartunkan namun tidak sangka Jepun telah mengambil langkah lebih awal dengan mengkormesialkan komik mereka ke bentuk Anime.

Anime Naruto adalah satu bentuk kegembiraan untuk aku selama ini. Perasaan teruja untuk mengetahui perkembangan setiap episod memang sentiasa dirasai. Setiap minggu aku tidak sabar untuk memuat turun siri terbaru. Naruto, yang merupakan kanak-kanak nakal tidak berbakat menunjukkan sesuatu kepada kita bahawa dengan usaha keras, impian boleh dicapai. Ia adalah tidak mustahil dengan usaha keras. Ini adalah satu motivasi diri yang bagus. Contohnya untuk kita sebagai pelajar, jika nak capai keputusan baik dalam peperiksaan, tidak ada jalan mudah melainkan mengulangkaji pelajaran tanpa mengenal erti jemu.

Berbalik kepada siri anime Naruto, ia berkisah tentang impian seorang pemuda yang ingin menjadi seorang Hokage, iaitu ketua Kampung yang dikenali sebagai Ninja Paling Kuat. Namun, ramai yang meragui kemampuannya kerana sejak kecil, dia merupakan pelajar tidak berbakat dan dibenci masyarakat kerana takdirnya yang menyimpan Rubah sembilan ekor di dalam tubuhnya.

Daripada seorang yang dibenci dan ditakuti, Naruto berusaha menjadi seorang insan yang disayangi dan diperlukan oleh semua orang selain menjadi Hero di kampungnya. Namun, cabaran utama Naruto ialah dengan mengembalikan rakannya, Sasuke ke jalan yang benar dari kesesatan. 

Cerita berakhir dengan pertempuran dasat antara Naruto dan Sasuka yang membawa kepada kehabisan tenaga kedua mereka. Sasuke mengaku kalah dan akhirnya mengakui jalan yang dibawa Naruto. Naruto kemudiannya menjadi Hokage setelah beberapa tahun jawatan itu dipegang oleh gurunya, Kakashi.

Jujurnya, saya teringin melihat sambungan cerita Naruto ini untuk generasi baru (generasi beliau dan anak-anaknya). Kita lihat semua ninja telah bersatu, membina keluarga dan melahirkan generasi-generasi pelapis. Naruto keseluruhannya merupakan satu komik hebat yang memberi motivasi, bukan sekadar hiburan bodoh. Itu sebab saya sangat menyukai Naruto. Sekarang, saya layan One Piece sahaja sebab cerita ini mempunyai jalan cerita lebih panjang dan juga sebuah Anime yang sangat menarik.

Persahabatan Perlukan Kepercayaan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada saat ini saya belum lagi melelapkan mata. pelbagai perkara yang difikirkan. Salah satu perkara yang berlegar-legar didalam kepala saat ini adalah tentang erti persahabatan. Ramai orang yang tidak dapat membezakan antara kawan dan sahabat. Itu tidak mengapa. 

Bagi saya, apabila sudah menjadi sahabat, apa yang penting adalah sikap jujur, saling membantu antara satu sama lain, menutup aib sahabat, menceritakan hal-hal yang baik sahaja dan sebolehnya menutup kekurangan sahabat, dan paling penting membuang sikap suka buruk sangka, curiga dan ego. Semua sikap2 negatif ini jika ditanam dalam jiwa pasti akan membawa kepada kehancuran tali persahabatan.

Kerapkali kita melihat akan dua sahabat baik yang berkongsi susah senang akhirnya menjadi musuh, Dimana silapnya? Tentulah kerana adanya sikap-sikap negatif yang tidak dibuang dalam diri kita. Walaubagaimana pun setiap insan pasti ada kekurangan. Nobody is perfect justeru adalah sangat penting jika kita mengamalkan sikap-sikap yang baik, saling memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Ketika artikel ini ditulis, saya melihat kehancuran dalam satu organisasi yang dianggap sahabat, hanya disebabkan sikap buruk sangka, cakap belakang dan tidak professional dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit. Disebabkan gagal duduk semeja untuk mencari punca dan jalan penyelesaian, maka banyak isu yang menjadi samar-samar dan akhirnya menjurus kepada tanggapan yang salah dalam sesuatu situasi tersebut.

Sebagai orang Islam, saya sering mengingatkan diri kita tentang sifat-sifat mulia yang perlu diterapkan dalam diri. Sentiasa berbuat baik kepada insan lain dan sentiasa berfikiran positif. Jika ada kekhilafan, maka tegurlah secara berhemah tanpa melukakan hati pihak yang ditegur. Ada beza antara menegur dengan memalukan. Menegur seharusnya dengan lembut dan dilakukan secara hubungan komunikasi dua hala. Manakala memalukan merujuk kepada menegur seseorang individu dengan bahasa kurang sopan dan dilakukan di khalayak ramai. Justeru adalah baik jika kita menyelesaikan hal secara komunikasi dua hala secara berkesan tidak lagi menggunakan cara yang mungkin membawa niat memalukan insan tersebut.

Sebagai seorang manusia, saya inginkana agar persahabatan dan ukhwah sesama rakan-rakan terjalin baik selamanya, selagi hayat dikandung badan..

Sekian sahaja..

Menu Sihat di Luar Negara

Belek-belek laptop terpandang gambar lama, masa pergi attachment study di Sweden. Masih teringat keenakan masakan disana yang sihat. tak macam menu di Malaysia yang banyak sangat mengundang kegemukan. Hehe.. apapapun saya masih mencari cara untuk menghasilkan menu yang enak dan menyihatkan.. kalau ikutkan menu-menu kita memang enak cuma kurang menyihatkan. Masak rendang daging tanpa minyak? boleh? tentu tidak bukan. 

Walau apapun, kita kena balancekan kita punya menu harian untuk kekal sihat. Memang benar sesetengah menu memang tidak berapa baik untuk kesihatan kita tapi boleh ambil dalam kuantiti tidak banyak. Kalau di Sweden, mereka banyak menggunakan kaedah merebus dan memasak menggunakan  minyak zaitun.

Di Malaysia, kadar obesiti berada pada tahap sangat membimbangkan. saya juga salah seorang yang menderita obesiti saban hari. ahaha silap diri sendiri yang ambil makanan tidak seimbang. Dan kurangnya bersenam. Kita perlu ubah tabiat hidup kita untuk kekal sihat. Saya pun akan mulakan azam secepat mungkin untuk lebih sihat.

Menu: Ikan Salmon dengan pelbagai sayuran

Dimana Kapal MAS MH370?

Semakin lama semakin senyap. Masih tidak diketahui akan status kapal terbang MAS MH 370. banyak USAHA telah dilakukan namun hasilnya masih hampa dan menemui jalan buntu.Sekali lagi Pesawat MAS ditimpa bencana yang iaitu MH17.. Yang pasti MH17 diketahui statusnya sebagai pesawat yang diserang namun MH370 masih tidak diketahui.. Dan ramai yang mendoakan Pesawat MAS selamat.. walaupun mungkin tipis.. Sama-sama kita berdoa yang terbaik untuk MH370..


Haiwan pun pandai Couple

Last time masa aku nak makan kat satu Restoran Fast Food, petang selepas hujan. Aku ternampak sepasang burung yang sangat sweet. Ala-ala kapel gitu. Bergurau senda atas batu. Ingat manusia je pandai couple and dating. Lepas tu aku terpandang ada lagi satu pasangan burung berdekatan situ. Apa-apapun memang sweet lah!~






Burung Punai Tanah di Halaman Rumah Kampung


Nampak tak gambar yang aku point anak panah merah tu? Itu sebenarnya gambar burung punai tanah. Burung ini sukar untuk ditemui namun saya bertuah kerana dapat menemui burung ini yang kebetulan sedang berjalan-jalan berdekatan rumah di kampung.

Burung punai tanah memiliki warna paruh yang lebih gelap berbanding punai biasa. Ia biasa berjalan di tanah namun ketika ia ingin terbang, ia akan terbang dengan cukup pantas melalui laluan menegak.

Burung punai tanah kebiasaannya membuat sarang di pokok-pokok yang rendang dan sarangnya cukup ringkas menggunakan ranting-ranting kayu.

sekian sahaja.

Gambar Pokok Betik Dari Celah Batu

Beberapa bulan yang lepas, saya ada melawat rumah lama keluarga saya di Kampung Semerah. Biasalah setelah lebih 24 tahun saya tinggal disana, banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Sesekali, saya akan menjengah rumah lama yang semakin usang dan dimamah usia itu. 

Ketika menjelajah di ceruk rumah tersebut, saya terjumpa pokok petik yang tumbuh daripada celahan rekahan batu dinding rumah. Agak rare gambar ini. Saya tertanya-tanya bagaimana biji betik boleh berada dalam rekahan itu sehingga menumbuhkan anak pokok. Ini kuasa Allah. Tiada apa yang mustahil kan. Saya akan kongsikan lebih banyak lagi gambar menarik di blog ini. Tunggu..


Serum Lebatkan Kening Misai Janggut

Hai! Aku punya kening yang nipis dan misai yang nipis janggut yang sejemput pendek kata apa2 bulu yang ada pada aku ni nipis-nipis belaka. Aku teringin nek memiliki kening yang hitam dan lebat. Jadi aku belilah serum ini. Beli dengan encik Zen Zyker. Pakai la juga kalau ingat. Nampak macam ada sedikit perubahan walaupun tidaklah ketara mana. Harga serum ini dalam RM 90 / bottle.

Aku masih ingat kes dimana ketika aku bersiar-siar ada pulak awek yang aku tak pernah kenal boleh tegur kening aku. Dia kata kening aku macam takde. Siot betul. Sebelum guna serum ni aku banyak guna petua-petua lebatkan kening seperti sapu daun lidah buaya, sapu air teh pekat dan sebagainya. Tak nampak pun kesan huhu..



Resepi: Masak Lempeng

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Last time aku ada la share gambar aku menghasilkan lempeng di wechat. Ada pula orang tanya macamana nak menghasilkan lempeng. Kuhhh semangat. Aku rasa tak boleh terima la orang yang tanya soalan ni. Bukan apa ni mesti jenis tak pernah langsung masuk dapur or at least tengok orang memasak. Nak hasilkan lempeng ni senang je la. Ni aku ajar satu-satu.

1- Sediakan tepung gandum. Kalau tak tahu pegi kedai tanya la tuan kedai runcit camne rupa tepung tu. Ni tepung yang aku guna. Ada banyak jenama lagi tu aku tak kisah la korang nak guna jenama apa janji korang jangan beli bedak buat lempeng sudah.


2- Masukkan Tepung gandum dalam bekas. Kalau korang nak sedap korang boleh campurkan tepung tersebut dengan udang, ikan bilis, bawang dan sayuran lain yang munasabah. Dan paling penting tambahkan sedikit garam ke dalam tepung tersebut.


3- Kemudian nak buat apa? Campurkan air sedikit dan kacaulah sehingga sebati. Bergantung pada citarasa korang nak tepung tu pekat atau cair. Dua-dua pun boleh.


4- Next, sediakan kuali untuk memasak. Masukkan sedikit minyak masak dan panaskan kuali.


5 - Ok ambil senduk dan mula masukkan acuan tepung yang korang buat tadi pada kadar yang munasabah dan mula meleperkan akan ia atas kuali. Kena selalu diterbalikkan untuk masak secara sekata dan mengelakkan terlalu hangus. Macam yang aku tunjuk dalam gambar dibawah:


6- Ok.. Kalau dah siap bolehlah korang hidangkan dalam pinggan.



7- Kalau takde kuah tak sedap la kan. At least kena ada kuah kari. Kalau takde kuah kari, korang boleh guna kuah sardin. Tak pun kalau malas sangat makan je dengan gula pasir. hahaha.. Masa ni ada orang sedekah kuah kari pada aku so aku tinggal panaskan je. Nyum-nyum


Ok! Siap sudah. Selamat mencuba!







Pinjaman Peribadi Kewangan yang Mudah Cepat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nak buat pinjaman peribadi kadangkala cukup payah dan leceh. Pelbagai dokumen diperlukan dan adakalanya tetap kena reject kerana tidak menepati kriteria yang dimahukan, sedangkan anda kesuntukan masa dan inginkan pembiayaan yang segera untuk hal-hal peribadi anda. Jangan risau, jika anda Kakitangan Kerajaan atau Badan Berkanun, anda boleh cuba membuat permohonan.

Jika anda ingin membuat pinjaman peribadi secara mudah, pantas, dan berkesan? Admin ada kawan yang boleh membantu anda. Untuk maklumat lanjut, boleh baca Quote dibawah.
Pinjaman peribadi untuk kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun. Koperasi RCE (Ambank), interest tetap 6.88%, Pinjaman sehingga RM150,000 (Kelayakan 60%), Lulus dalam masa 5 hari sahaja. Dokumen minima, tidak ambil kira komitmen luar. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Iman (018-3225608). Terima Kasih

 = Iman =

Pelajar Sekolah Makin Biadap


Oklah..

Artikel ni dah lama.. tapi saja aku nak ulas juga sebab isu ini adalah satu isu yang terus berlaku dewasa ini. Sedarkah kita bahawasanya generasi yang sedang kita lahirkan dewasa ini ramai yang memiliki tahap akhlak yang cukup membimbangkan. 

Dimanakah silapnya?

Adakah didikan ibu bapa? Guru-guru? Pengaruh rakan sebaya?

Disini saya nak ulas isu pelajar sekolah. Teringat zaman kita dahulu.. Kalau disekolah kita cukup takut dan hormat dengan guru kita. Setakat dirotan, dijentik tu takde masalah sebab kita tahu memang salah kita dan untuk mendisiplinkan diri kita. Namun, dewasa ini anak-anak sudah tidak boleh disentuh. Cubit sikit ibu bapa melenting. Jadi bagaimanakah kita mahu melihat generasi yang berdisiplin, patuh kepada arahan dan juga rajin dilahirkan. Selain itu, anak-anak kita dewasa ini tidak segan silu melakukan perkara-perkara yang jelas melanggar moral dan juga undang-undang, melawan guru, dan sebagainya.

Ini bertitik tolak dengan sistem pendidikan negara yang semakin memanjakan pelajar dan mengurangkan kuasa guru untuk mendisiplinkan pelajar. Kalau anak-anak dah tak boleh dijentik kalau buat salah maka apa yang tinggal pada guru? Sekadar mengajar dan tidak menghiraukan sama ada pelajar itu mahu belajar atau tidak?

Tanyalah diri kita sendiri. Jika sayalah mempunya anak yang nakal, saya akan berikan sepenuh kebebasan kepada guru untuk menghukum anak saya asalkan tidak membawa kecederaan fizikal yang tidak munasabah. Ini demi untuk mendidik anak-anak menjadi generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

tepuk dada tanya selera.

sekian sahaja..

Gambar Beruang Panda

Err... Sebenarnya tiada nak cerita apa-apa. Just nak tunjuk gambar beruang panda.. Panda. Ye la beruang panda.. Ada apa-apa masalah ker? hehe...




Lukisan Menarik Pokok Terapung

Kalaulah aku berada di suatu tempat kemudiannya terlihat pokok terapung. Maunya nak gugur jantung aku. Namun, mamat ni cukup kreatif dengan membuat lukisan pada pokok yang menampakkan seolah-olah pokok tersebut terapung.. hehee.. lihat gambar dibawah:


Kesalahan Dalam Solat

Assalamualaikum..

Solat merupakan tiang agama Islam. Melakukan solat membawa maksud anda menegakkan agama maka meninggalkannya bermaksud meruntuhkan agama. Ramai umat Islam dewasa ini yang tidak rasa bersalah dengan meninggalkan solat dan sebilangan kita masih menjaga solat dengan baik. 

Namun, walaupun ramai yang bersolat, seringkali saya melihat kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh para jamaah solat tidak kira tua atau muda. Mungkin mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna dalam solat dan hanya mengikut-mengikut sahaja.

Jika saya nak cerita banyaklah. Antaranya ialah dengan tidak duduk antara dua sujud, tidak melentikkan jari kaki, menggerakkan anggota lebih daripada tiga kali berturut-turut, terbuka aurat terutamanya lelaki yang memakai seluar jeans dan berbaju singkat dan sebagainya.

Maka, untuk melakukan solat dengan sempurna, maka pelajarilah cara-caranya dengan betul dan ketahui 13 rukun solat yang wajib anda lakukan. Sekian sahaja.


Berhijab Namun Hakikatnya Bukan Seperti Dituntut oleh Islam

Assalamualaikum..


Isu berhijab atau bertudung ini selalu menjadi kupasan oleh ramai orang. Namun, hakikatnya walaupun ramai mengenakan tudung, ia tidaklah mengikut Syariat Islam yang sebenar. Maka ia tetap dihukum berdosa. Maka buat wanita, renungkanlah dan cubalah berhijab dan berpakaian seperti yang dituntut oleh Islam supaya anda lebih mulia disisi Tuhan yang satu.. Insya-Allah.



Cara Menyembuhkan Rabun Mata

Assalamualaikum..

Rabun mata merupakan satu keadaan dimana kita kehilangan keupayaan untuk melihat sesuatu objek dengan focus sama ada objek jauh atau dekat disebabkan perubahan mata elemen-elemen mata anda. Untuk membetulkan kedudukan pemfokusan objek, anda boleh memakai cermin mata namun begitu, kos untuk membeli cermin mata adalah mahal dan tahap rabun anda akan semakin parah jika tidak diubati.

Namun, ada kaedah tertentu yang boleh dicuba untuk mengurangkan atau memulihkan rabun mata. Kaedah dibawah yang dibuat secara Islam boleh dicuba. Dengan izin Allah akan berjaya. 


Kempen Jom Tutup Aurat oleh Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kalau bercakap tentang aurat ni ramai yang sedia maklum akan batasannya. Dan mungkin juga ada yang tak faham atau sengaja tidak faham. Aurat lelaki adalah daripada pusat ke lutut manakala aurat wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Akan tetapi, ramai yang masih tak faham. Ramai juga yang semakin tidak mahu menutup aurat. 

Ramai wanita berpakaian seksi, tidak bertudung dan ada juga bertudung tetapi memakai pakaian terlalu ketat sehingga menampakan susuk tubuh. Lelaki pula macam sudah jadi trend memakai seluar pendek yang menampakkan lutut. Ini juga salah. Jadi, kita perlulah sedar akan kesalahan ini dan jangan biarkan berpanjangan. Tutuplah aurat anda untuk kehomatan diri dan juga mengelakkan diri daripada terus mendapat dosa. Renungkanlah Kata-kata Ustaz Azhar Idrus dibawah:


Beza antara Burung Punai dan Punai Tanah

Burung Punai ni mudah ditemui di kawasan kampung yang mempunyai hutan-hutan kecil. Semasa kecil pun saya pernah memelihara burung punai dan burung punai tersebut jinak. Ia akan kembali kerumah walaupun selepas dilepaskan.

Tapi saya taknak cerita lanjut tentang itu sebab rasanya saya dah ceritakan dalam artikel saya sebelum ini. Ok saya nak cerita bahawa burung punai sebenarnya ada dua jenis. Satu burung punai biasa dan satu lagi burung punai tanah. Bezanya adalah dari segi warnanya. Fizikalnya lebih kurang sahaja. Burung punai biasa yang berwarna hijau muda berbelang hitam dan kuning biasanya akan bergerak dalam kumpulan. Mereka akan menghasilkan bunyi kepak yang kuat semasa terbang. Burung punai biasa juga mempunyai bunyi yang agak tersendiri.

Burung punai tanah sebenarnya lebih sukar ditemui. Ia selalu bergerak sendirian dan di kawasan sunyi. Burung punai tanah memiliki kepak berwarna hijau gelap dan badan berwarna coklat. Salah satu kehebatan burung punai tanah ialah kebolehannya terbang dengan sangat pantas. Saya sendiri merasakan tiada burung lain boleh terbang sepantas burung punai tanah selain burung layang-layang. Burung punai tanah akan terbang pada satu laluan lurus yang jauh tetapi dengan kepantasan mengagumkan.

Burung Punai (Biasa)

Burung Punai Tanah

Burung Kelicap Hisap Madu

Hai! Masa aku keluar dari rumah, aku terpandang bunga-bunga jiran aku yang memerah. Sungguh cantik. Kemudian terpandang burung kelicap yang kecil dan sedang hinggap di bunga-bungaan tersebut seolah-olah sedang menghisap madu. Jum lihat gambar yang sempat saya snap.




Bunga Pokok Lidah Buaya

Hai! Aku rasa agak Rare lah gambar ni. Bukan apa, sepanjang aku jumpa pokok lidah buaya, aku tak pernah nampak dia berbunga. Ni pun bunga pertama yang aku jumpa selepas lebih 3 tahun aku tanam pokok lidah buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera. Saksikan..



Cantik Juga sebenarnya. excited la tengok bunga pokok ni. Tinggi dari bawah.

Doa menghilangkan Stress atau Tekanan

Biasalah dalam kehidupan seharian, kita menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang selalunya mengundang tekanan atau stress yang melampau. Apa-apapun kita diajar untuk mengawal stress dengan baik. Salah satunya adalah dengan Doa..


Soal Jodoh pertemuan perkahwinan

Soal jodoh ni memang selalu menjadi pertanyaan orang, lebih-lebih lagi jika seseorang itu telah berusia. Namun, tahukah anda bahawa persoalan tentang jodoh adalah milik Allah. Dia sahajalah yang tahu segalanya. Maka, kurangkanlah bertanya soalan tentang jodoh kerana ia hanya akan membebani orang yang belum mendapat jodoh dan mungkin, beliau memang tidak ada jawapan tentang soalan anda itu.



A best Friend..


It is so true...

Hias Kereta Guna Syiling 50 sen

Orang kita sendiri suka hias-hias kereta guna macam-macam terutamanya sticker. Tapi.. ada ke yang hias guna duit syiling? Ni saya nak tunjuk la beberapa gambar... Hiasan kereta dengan duit syiling.. Kreatif kan? Volkswagen Beetle only in China =)