Assalamualaikum..
Pada hari ini, Mr.PiNGu nak sentuh sikit dengan perkara in. Sangat penting hakikatnya. Dewasa ini, saya lihat anak muda khususnya sudah kurang pengetahuan tentang ajaran Islam yang sebenar. dari segi pemakaian, perlakuan dan sebaginya sudah tidak nampak keislamannya. Bagi yang faham intipati agama Islam, mereka akan menunjukkan perlakuan yang lebih baik. Namun begitu, ramai lagi yang masih tidak faham ataupun khabur dengan akidah Islam yang jika anda kurang mengerti boleh memudahkan anda dipesong dengan mudah.
Islam.. terbahagi dua iaitu Islam Ahli-Sunah wal-Jamaah (Yang mengikut jalan Junjungan besar kita Rasullah s.a.w dan Sahabat-sahabatnya) dan juga Islam Syiah (Yang telah menyimpang daripada landasan sebenar)
Walaupun Syiah masih menggunakan nama Islam, namun ajarannya sudah jauh terpesong daripada Islam sebenar. Saya ada kawan yang menganut Islam Syiah ini dan pada awalnya beliau telah cuba untuk berdakwah kepada saya. Syukur kerana pengetahuan agama Islam saya cukup baik dan saya berjaya menepis segala hujah yang beliau cuba sampaikan.
Dari sini, saya juga sedar bahawa ada diantara rakan-rakan melayu saya yang tidak tahu akan bezanya Islam Ahli-Sunah wal jamaah dan juga Syiah. Saya cukup gerun jika keadaan ini juga menggambarkan situasi masyarakat Islam masa kini. Tidak hairanlah jika akidah sebahagian umat Islam terpesong kerana kurangnya pengetahuan tentang ajaran Islam sebenar.
satu perkara yang cukup besar menunjukkan perbezaan antara Islam sebenar dan Syiah. Kita mengagungkan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan mengakui kerasulannya namun Syiah mengagungkan menantu Rasullah, iaitu Saidina Ali. Ini sahaja sudah nampak jelas kesesatan puak Syiah. Cara bersolat juga lain. Puak syiah akan meletakkan batu kecil untuk menempatkan dahi mereka ketika sujud. Sebenarnya banyak lagi jika ingin saya bincangkan. Untuk lebih lanjut anda boleh baca info disini: SYIAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^