JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Showmanship malam ni memang The Best!

Salam..

Malam ni memang biasanya malam untuk melepak dengan kawan-kawan. Al-maklumlah esok kan cuti. So, tadi malam balik je daripada mengajar terus sahaja makan-makan dengan member. Then tiba-tiba je diorg ajak berkaraoke pula. Biasalah hobi dikala lapang. Mr.PiNGu ni pandai karaoke pun sebab diorang lah yang mengajarnya.

So, malam ni macam biasa kitorang akan ambil slot selama dua jam di Suara OK Danga Bay. Ni lah tempat kitorang melalak. Selalunya dalam seminggu adalah sekali. tapi minggu ni sahaja dua kali kami pergi. Yela balas dendam sebab masa puasa and raya kami kurangkan aktiviti ni seketika. Kalau korang nak tau akak-akak, abang-abang and makcik-makcik kat situ dah kenal muka kitorang sebab pelanggan tetap. Haha.. Banyak kali juga kitorang dapat discount and lebihan masa. Pernah gak weols tarik abang kat situ join kitorang menyanyi. Hehe.. tapi abang pakai cap tu dah tak keje agaknya sebab dah lama sangat tak nampak muka dia huhu..

Malam tadi kitorang cam biasa akan mempersembahkan seleksi lagu popular yang diminat secara duet berdua, bertiga atau berempat. Persembahan dimulakan dengan single popular daripada Anuar Zain yang berjudul "Sedetik Lebih". Haha duet Mr.PiNGu bersama seorang rakan nampaknya telah menggamatkan suasana dengan kelantangan Vokal kami. Hahaha perasan betul. Then, rakan yang dua orang lagi tu nak tunjuk hebat gak. So diorang ambil lagu sama dan lakukan duet versi diorang lak. Tapi.. Sorry guys, versi pertama lagi meletops. hahaha =p

Kemudian, banyak lagi lagu telah dipersembahkan daripada kami seperti Tinggalkan aku, Hanya milikmu, I'm the lucky one, Bidadari, Kau Banya Cintaku, Jangan Pernah lagi - Kesemua lagu ini adalah daripada Penyanyi Anuar zain (Maklumlah peminat dia ramai). Kemudian lagu-lagu jamal abdillah, Shahir, Amir Ukays, Pasha ungu, Letto, Rahmat Mega, Shamrin, dan ramai lagi. Tak ingatlah. Hehe..

Suasana begitu panas apabila my friend telah memilih lagu "Yang Terindah Hanyalah Sementara" nyanyian asal Erra Fazira hanya kerana teruja melihat persembahan Fairus Selamat bersama Azim (Dua orang rakan Facebook saya). Diorang berdua memang "Artis" so jangan mimpi la nak lawan Vokal diorang haha.. So kesudahannya, nyanyi tadi hancus. Tak sampai la key pompuan. Tapi pe-pepun kitorang enjoy gile sambil gelak-gelak. Hahahaa..

Tak cukup dengan itu, suasana bertambah gamat apabila lagu "Halo" dan "Listen" nyanyian Beyonce telah dipilih untuk dipersembahkan. So, apa lagi Mr.PiNGu rampas microphone la bila tiba part Listen tu. Maklumlah my Fav Song. But sampai Hokay (dengan suara Kepit).. Hahaaaa.. =p

Then, lagu Cristina Aguilera bertajuk "Hurt" pun dipilih. Hancus. Hahaha.. Penutup malam tadi adalah dengan lagu popular Tony Braxton bertajuk "Unbreak my Heart". Sebelum terlupa, lagu yang paling hebat dinyanyikan oleh kami semua adalah lagu wajib daripada Mac Antony bertajuk "My Baby You". Lagu ni salah satu lagu wajib setiap kami karaoke. Selain lagu Tinggalkan Aku - ANuar Zain. Key tinggi katakan. Hehehee.

Orite. sampai disini sahaja celoteh malam ni untuk buang masa sikit Hehe.. Nite all..

2 ulasan:

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^