JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Suara Hantu Masuk Dalam Rakaman Suara

Salam..

Nak ceritakan kisah seram sedikit yang berlaku di rumah Mr.PiNGu malam tadi. Actually, Mr.PiNGu memang biasalah tidur lambat dalam pukul 2. Biasanya akan surfing dan mendengar lagu. Akan tetapi, malam tadi, Mr.PiNGu terasa nak buat rakaman suara pula. Dah lama tak buat (Biasalah I suka perasan artis.. Hehe). So, malam tadi kiter pun keluarkan semua peralatan rakaman dan set-up semua.

So, after that, Mr.PiNGu telah memilih untuk menyanyikan beberapa lagu dalam album terbaru Anuar Zain yang bertajuk Nadi terhenti, Cinta Harus Memiliki, dan Simpati Cintamu. Masa Mr.PiNGu merakamkan dua lagu pertama, takde apa-apa perkara pelik berlaku. So, last lagu ialah lagu Simpati Cintamu, lagu yang bernada rancak ciptaan Hazami. So, kiter rakamlah dengan feel yang selayaknya. Hahaa.. Apabila siap, Mr.PiNGu pun play la balik nak dengar hasil rakaman tu. Then, tiba-tiba sangat terkejut apabila dah play tu.

  

Kamu nak tau kenapa? sebelum part Mr.PiNGu nyanyi tiba-tiba ada suara yang agak slow sedikit menyebut sesuatu yang pelik. Dengar suara macam seorang nenek tua sedang bercakap. Mr.Pingu dengar ulang-ulang kali sebab nak dapat kepastian. Suara tu seolah-olah menyebut perkatan ini "celahbengkung" dengan lenggok yang mengerikan. Untuk pengetahuan korang, Mr.Pingu tinggal seorang sahaja di aras bawah rumah teres dua tingkat ni dan Mr.Pingu mengunci pintu bilik. Suasana memang sunyi. Justeru, suara itu sepatutnya tidak mungkin wujud! Itu pasti suara makhluk halus yang berada di bilik Mr.PiNGu!!

So, memang terus seram sejuk waktu tu. Mr.PiNGu terus bergegas memasang ayat-ayat suci Al-Quran di komputer ni. Kemudian sebelum tidur, Mr.Pingu baca ayat Kursi 3 kali dan bukak lampu terang-benderang. Tapi memang susah nak tidur malam tadi. Rasa seolah-olah benda tu duduk memerhatikan Mr.PiNgu. Huhu.,. seramlah. Semoga hantu syaiton ni tak kacau lagi Mr.Pingu lain kali. Tak larat lah nak layan perasaan seram kat umah huhu.. Dah le selalu tinggal sorang-sorang. Kasihanilah diriku ini. 

Sekian sahaja untuk kali ini. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri! Salam.

6 ulasan:

  1. Belalang Hijau: huhuh memang seram la malm td.. nak tdo susah huhu.. bukak lampu terang2 takut gak

    BalasPadam
  2. celah bengkung??? T___T

    apekah??

    BalasPadam
  3. MissSenget: tu la.. xtahulah apa yg dimaksudkan dgn celabengkung tu.. nenekk ooo nenek apa yg ko merapek dlm recording aku nih??

    BalasPadam
  4. kenapa tak upload kat sini rakaman sora tu ahh....nak dgr gak ..:)

    BalasPadam
  5. hehe sy sendiri dh xmau dengar rakaman tu... nanti sy cari balik kalau jumpa.. huhu

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^