JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Gempa Bumi Bali 2011 dan petanda cincin Bulan

Salam..

Pada hari Isnin lepas, kecoh dikatakan wujudnya cincin Bulan yang juga dikenali sebagai "halo-Bulan". Saya sendiri dapat melihat fenomena ini dengan jelas pada malam hari tersebut. Banyak orang membincangkan hal ini. Dikatakan bahawa gempa bumi yang kuat sebelum ini di Pulau Sumatera Indonesia 26 Disember 2004 sudah ada petunjukknya sebelum ini iaitu cincin bulan.

Cincin bulan dikatakan petunjuk bahawa graviti bulan lebih kuat daripada biasa dan mungkin memberi kesan ke atas struktur kerak bumi. Namun, mengikut sains, cincin bulan berlaku disebabkan biasan cahaya pada ais daripada awan kumulunimbus. Saya pun tidak pasti sangat tentang ini. Malam tersebut, saya terus membuka topik tentang Halo-Bulan dan kemungkinan berlakunya Gempa Bumi. tidak sangka bahawa gempa bumi benar-benar berlaku pada hari ini, selang 3 hari daripada kejadian cincin bulan. Lihat SINI.
HALO-BULAN
Hari ini, gempa bumi kuat yang melanda sebuah kawasan percutian popular Indonesia, BaLi di sini, Khamis, telah menimbulkan panik dan mencederakan sekurang-kurangnya 50 orang awam termasuklah patah tulang dan luka di kepala. Saksi-saksi di tempat kejadian memberitahu stesen radio dan televisyen tempatan bahawa mereka melihat beberapa buah rumah dan bumbung rumah roboh, selain beberapa buah kuil di sepanjang persisiran pantai pecah berderai akibat gegaran tersebut.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gegaran berskala 6.0 magnitud itu bertumpu pada kira-kira 60 batu (100km) di bahagian barat daya pulau itu sehingga (36 batu) 60km di paras dasar laut. Walaupun ia tidak cukup kuat untuk mencetuskan tsunami, gegaran itu boleh dirasai oleh pulau-pulau berdekatan iaitu Jawa dan Lombok. Seorang penduduk tempatan, Miftahul Chusna memaklumkan bahawa beliau terjatuh daripada motosikal akibat gegaran itu.

Pegawai perhubungan awam Hotel Sanur Beach, Candy Juliani berkata semua benda di dalam bangunan itu bergegar. Penginap-penginap hotel melarikan diri dalam keadaan panik. Mereka sebenarnya mempunyai laluan kecemasan khas apabila berdepan dengan situasi begini tetapi semua orang menjadi cemas dan mengabaikan laluan tersebut katanya.

Jurucakap hospital, Wayan Sudanti berkata sekurang-kurangnya 50 orang tercedera, mengalami luka di kepala dan patah tulang. Wakil agensi bencana tempatan, I Gede Tejo berkata pesakit-pesakit itu termasuklah 12 pelajar dan tiga guru yang cedera apabila siling bangunan sekolah tinggi mereka roboh.

Bentuk muka bumi Indonesia yang direntangi garis-garis gelinciran yang tidak sekata menjadikan negara itu mudah dilanda kejadian gunung berapi dan aktiviti gelombang seismos. Gempa bumi terkuat melanda negara itu pada 26 Disember 2004 di Aceh telah mencetuskan tsunami di Lautan Hindi yang meragut 230,000 nyawa. 

6 ulasan:

  1. hoomaigodd... selamatkn bag tngn gucci n kasut prada uolss...

    BalasPadam
  2. anonymous mendapee: OMG! uols lbh pentingkan barang material drpd nyawa yer.. But sy sgt senang hati madam Nina Arin pergi semasa cuaca baik.. kalau gempa masa tu takut dh kene telan perut bumi jer.. hehhhhee

    BalasPadam
  3. nina arin hampa n mahu bunoh diri sebb jntn2 dia sume mati ditelan omvaakk... asik merembes depan laptop jek skrg.. haaaaaaaaaaaakk

    BalasPadam
  4. Anonymous mendapee: huhu Saya NO-Komen.. maklumlah anak dara tua jgn ditegur2 sgt sbb senang sentap hahaaa

    BalasPadam
  5. malam semalam mimpi dunia nak kiamat

    BalasPadam
  6. lily damia: saya pun selalu mimpi dunia nak kiamat.. sgt seram.. Insap kejap ..

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^