JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

GULP: Nama Anak Ning Baizura

Aku.. Tak nak komen lebih-lebih. Komen dalam hati je la. hehe.. hak masing-masing.





Oleh KHADIJAH IBRAHIM
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Penyanyi Ning Baizura, 37, hari ini menjelaskan bahawa nama anaknya, Ryan Sky Dalton mempunyai makna yang lebih Islamik daripada apa yang diperkatakan oleh orang ramai. 

Ning yang selamat melahirkan bayi sulungnya pada 31 Januari lalu, tampil membuat penjelasan dalam Facebooknya hari ini berkaitan nama Ryan Sky Dalton yang didakwa berunsur kebaratan.Kata Ning, dia dan suami, Omar Shariff Christopher Layton Dayton mengambil masa yang lama untuk memilih nama bagi anak sulung mereka. 

"Rayann adalah perkataan daripada bahasa Parsi dan Arab. Ray dalam bahasa Parsi bermaksud bijaksana atau arif dan ia juga merujuk kepada haruman herba. 

"Kalau dalam bahasa Arab, perkataan Rayhaan boleh didadapati dalam surah Rahman, ayat 12 dan surah Waqi'ah, ayat 89. Rayan atau Rayyan merupakan salah satu daripada pintu syurga.

"Begitu juga dengan perkataan Sky. Setiap kali kita memandang Sky (langit) pasti kita ingat akan kekuasaan Allah," jelasnya panjang lebar dalam Facebook. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^