Waa.. Tabung haji bagi Bonus 8% Uols.. Banyak tu. Saya pun belum sempat lagi buka akaun melalui tabung haji ni. Insha-Allah akan sempatkan diri. Sekarang kalau nak register Haji pun mau-maunya giliran aku 2050 plus baru sampai. Entah sempat hidup lagi ke idak kan. Sabar je la.. Ok baca la artikel dibawah ni..
KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan 6.5 peratus dan bonus khas 1.5 peratus, akan dibayar pada 10 Februari ini kepada 8.2 juta pendeposit. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sempena Sambutan Jubli Emas TH, pengurusan TH memberi hadiah istimewa kepada para pendeposit.
"Bonus Jubli Emas TH, melibatkan RM2.46 bilion yang terdiri daripada bonus tahunan sebanyak RM2.13 billion dan bonus khas sebanyak RM325 juta.
"Bayaran bonus tahunan ini menunjukkan peningkatan 27 peratus kepada RM2.13 bilion berbanding RM1.68 bilion pada tahun 2011," katanya selepas mengumumkan Bonus Jubli Emas TH 2012 di ibu negara hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^