JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Bayi dan Wanita mati dibunuh dan dikerat

Assalamualaikum..

Sebentar tadi terbaca keratan berita mengenai pembunuhan kejam seorang wanita beserta bayi berusia 20 bulan! Saya sangat sedih bila membaca berita seperti ini. Lately banyak pula cerita pasal kes orang dibunuh dan dikerat-kerat. Even di tempat Mr.PiNGu ni berlaku pembunuhan kejam dimana mayat dikerat-kerat dan dibakar. Then beberapa hari lepas pun macam ada dengar kes orang dibunuh dan mayat dikerat-kerat. Saya rasa manusia yang melakukannya memang tiada hati perut!

Ikuti cerita berikutnya disini:

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki yang ditemui mati bersama keratan mayat wanita di sebuah pangsapuri di Ampang, baru-baru ini, disahkan baru berusia 20 bulan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bukan berusia lima hingga enam tahun seperti dilaporkan sebelum ini. Beliau bagaimanapun berkata, polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti sebenar dan menentukan sama ada kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah. “Polis juga masih dalam proses menyoal siasat lapan lelaki Bangladesh yang ditahan berhubung kes itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis hingga kini masih belum memperoleh apa-apa dokumen perkahwinan dari lelaki Sabah yang mendakwa dirinya suami kepada wanita itu dan bapa kepada kanak-kanak berkenaan.

“Kita belum boleh memastikan pertalian lelaki itu bersama mangsa wanita kerana kita belum lagi melihat apa-apa dokumen mengenai perkahwinan mereka,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di Tingkat Lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang. – BERNAMA

1 ulasan:

  1. Cik Ct: tu la.. manusia semakin kejam.. kita dah tidak selamat nak duduk di Negara sendiri sekarang...

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^