JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

UTM yang dahulunya low profile kini semakin popular

Salam..

Mr.PiNGu nak berceloteh sikit tentang Universiti tempat Mr.PiNGu belajar dari dahulu hingga kini. Actually, sangat berbangga apabila UTM yang dahulunya low profile dan jarang kita dengar cerita sekarang sudah menjadi salah satu Universiti popular dan disegani dalam pelbagai aspek.

Terima kasih diucapkan kepada Naib Canselor UTM yang baru iaitu Professor Datuk Zaini Ujang yang banyk mengubah UTM yang dahulunya lena diulit mimpi kepada satu Universiti yang bergerak dengan cukup aktif. Jika dahulu lena, kini UTM berlari mengejar kehadapan.

Amat membanggakan dibawah kepimpinan Datuk Zaini yang telah membawa banyak perubahan kepada struktur UTM dan juga halatuju UTM. Banyak aspek telah dibuat penambah baikkan, daripada hal yang sekecil-kecil sehinggalah hal yang cukup besar! Beliau memang seorang yang berkerja keras dan juga mengerah staf bawahan dari semua lapisan untuk bangun bagi sama-sama membantu mengemudi UTM ke satu tahap yang cukup sukar dipercayai.

Bermula daripada impian beliau untuk menjadikan UTM sebagai salah sebuah Universiti penyelidikan (RU), kini UTM telahpun dinobatkan Universiti kelima yang mendapat status RU dan dikhabarkan hanya sebuah sahaja Universiti lain yang mungkin akan dinaiktafaf juga kepada RU daripada puluhan Universiti yang ada di Malaysia.

Tidak malu untuk Mr.PiNGu laungkan bahawa kini UTM telah diiktiraf sebagai Universiti Nombor 1 di Malaysia melalui beberapa kaedah penilaian. Satu pengiktirafan yang tidak pernah difikirkan mampu digapai dalam masa yang lebih singkat daripada yang disasarkan. Ini bukanlah omongan kosong kerana hal ini telah diiktiraf oleh beberapa badan Antarabangsa yang mengendalikan kajian tentang kualiti sesebuah Universiti. Namun begitu, keseluruhannya UTM masih berada di belakang UM, UPM, UKM dan USM. Masih banyak perlu diimprove.

Daripada salah satu sumber yang sering dibuat rujukan, iaitu daripada lamn web 4international colleges and Universities, Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya Universiti di Malaysia yang berjaya menempatkan diri pada kedudukan 100 universiti terbaik Asia. Benar! Hanya UTM sahaja yang tersenarai dan lebih membanggakan, UTM diletakkan di tangga 47! sangat jauh meninggalkan pesaingnya daripada Universiti ternama lain di Malaysia. rujuk sini *100 TOP UNIVERSITIES IN ASIA*

Untuk kedudukan UTM berdasarkan beberapa kiraan lain seperti webometric juga menempatkan UTM di tangga pertama. Jika sebelum ini USM mendahului selama beberapa penggal lebih-lebih lagi atas status USM sebagai APEX Universiti sememangnya menggerak USM ke satu tahap yang cukup selesa. Memang tidak pernah terbayang akan memintas USM. Namun begitu, UTM tidak boleh leka namun perlu untuk terus memperkukuhkan kedudukan dengan menggerakkan pelbagai siri kecemerlangan tidak kira dalam bidang akademik, penulisan, perundangan, penyelidikan dan sebagainya. Semua pihak perlu mainkan peranan masing-masing.
http://komuniti.gempakz.org
Sebenarnya Ranking atau kedudukan ini bukanlah yang paling utama namun ia sedikit sebanyak dapat membakar semangat warga UTM untuk lebih bermotivasi dan berdaya saing. Semua Universiti di Malysia ada keunikan dan kehebatan tersendiri yang mungkin belum digilap sepenuhnya. Marilah sama-sama membangunkan kecemerlangan Universiti masing-masing untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

6 ulasan:

  1. weeee
    idop UTM!
    kerana tuhan untuk manusia!

    BalasPadam
  2. Yeay! Saya bangga menjadi graduan UTM!! Wee..
    Hidup UTM!
    ('o,')

    BalasPadam
  3. cik sara: tu la bangga kan.. ngee graduan UTM mmg terbaik~ Industri sendiri yg bg feedback begitu..

    BalasPadam
  4. mmg best UTM dgn kdudukan skang.. yg x bestnye.. bnyak sgt warga aseng.. adoiii

    BalasPadam
  5. kak anony: yep warga asing sgt banyak kononnya nak jdkan UTM international... tp kalau penuh dengan mat saleh ok gak ni pak2 arab and iran je yg perangai ntah apa2 sabar je la

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^