Wah! nampaknya warna-warna pakaian yang kita gunakan mempunyai kesan tersendiri keatas diri kita. So, daripada kajian ni kita boleh dapatkan info berguna. Jom pakat-pakat baca!
Tahukah anda bahawa warna pakaian yang dipakai mampu mempengaruhi hari-hari anda? Kuasai warna memainkan peranan dalam membentuk keterampilan dan menguasai mood anda setiap hari.
Berpakaian mengikut tema warna pada hari-hari tertentu akan membuatkan kita menarik keceriaan, kebahagian, kemakmuran, kejayaan dan kekayaan dalam hidup kita.
Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut.
Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Law of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.
ISNIN, PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometerSELASA, PINK / VIOLET(Kesucian rohani) 380- 489 nanometerRABU, BIRU (Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometerKHAMIS, KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometerJUMAAT, HIJAU (Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometerSABTU, MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometerAHAD, HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer
Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).
Isnin (Putih) = Putih lambang kesucian. Mulakan rutin harian dengan mengenakan pakaian warna putih pada setiap hari Isnin kerana ia mampu mencetuskan idea dan merangsang semangat baru dalam diri anda.
Selasa (Merah Jambu/Violet) = Merah jambu adalah warna kasih sayang . Pakaian warna ini sesuai dikenakan pada hari Selasa kerana ia adalah hari untuk anda beremosi dan meluahkan perasaan sayang kepada keluarga mahupun rakan.
Rabu (Biru ) = Pada hari Rabu, amat sesuai mengenakan pakaian berwarna biru yang melambangkan peyembuhan. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang mana meningkatkan keyakinan dalam bercakap, berucap, berhujah dan sebagainya.
Khamis (Kuning ) = Kuning adalah warna keceriaan. Ia termasuk dalam kategori warna yang penuh godaan, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita.
Jumaat (Hijau )= Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan kedamaian.
Sabtu (Merah)Pilihan warna merah menyemarakkan mood di malam minggu untuk bersuka ria.
Ahad (Hitam)Hitam mempunyai azimat untuk menyimpan tenaga sepanjang enam hari. Ia ibarat mengecas semula tenaga untuk memulakan hari baru pada minggu berikutnya.
Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^