Kalau nak cerita pasal masakan pedas seperti asam pedas, tomyam, kari berapi, sambal belacan dan sebagainya pastinya aku jadi kecur. Maklumlah makanan pedas memang dah jadi kegemaran aku sejak kecil lagi. Lebih-lebih lagi aku ni orang Johor dan memang orang Johor terkenal dengan masakan pedas.
Sebelum ni aku dengar yang orang cakap bahaya la makan masakan pedas, tak elok la untuk kesihatan dan sebagainya tapi aku pekakkan telinga je. tapi akhirnya aku pun dapatlah info bahawa masakan pedas ni lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan yang dikhabarkan itu. Tak percaya jum baca info kebaikan makan masakan pedas seperti dibawah:
1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
2. Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
3. Mencegah Kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Menurunkan Tekanan Darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
5. Mengurangkan Stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
bagus le ada baiknye mkn pedas2 ni... tp tak boleh byk sgt gak bro, takut buasir je nnt... ;p
BalasPadam@qrieza
BalasPadamhehee.. itu drawback dia la.. hehee pandai2 la kawal makan yer kekee =p
.saya suka kebaikannya kerana suka pedas juga. hehe~
BalasPadamtapi bab turunkan berat badan, saya rasa terbukti
jom intai lelaki: kalau lelaki kata... jemput baca entri ni, tambah pengetahuan anda.
@sha my heart
BalasPadamsaya memang suka pedas2.. sbb tu kot berat badan maintain je hehe =p