Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dulu orang tua-tua kata jangan telan biji buah nanti tumbuh pokok dalam perut. Kita anggap benda itu gurauan yang kelakar. Akan tetapi fikirkan bagaimana seorang pemuda boleh tumbuh pokok dalam paru-paru dia? Ajaib kan? Kalau tak percaya bacalah berita dibawah:
pokok setinggi 5 cm dalam paru2!
Hasil x-ray
IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?
Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.
Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.
Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.
"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.
"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.
Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia. Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut. - Agensi
wow..peliknya benda ni..
BalasPadamhuhuhu menakutkan..tak mau telan tembikai lagi :-(
BalasPadam@Boni JLL3
BalasPadamboni yep pelik tp benar ni.. entah bagaimana berlaku Wallaualam
@Kumbang Jingga
BalasPadamhaha selama ni encik Kumbang telan bijik tembikai ke? hahaa orang buang dia telan kekeke.. sedap ke? kui kuikui =p